Nuffnang

Isnin, 4 Jun 2012

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Video : <b>Neelofa</b> Lancarkan Produk Kesihatan, “BellaVita” | OHBULAN!

Posted: 16 May 2012 05:32 AM PDT

Mungkin ramai yang tidak tahu, tapi sebenarnya Neelofa mempunyai jiwa seorang wanita yang suka ber-bisnes. Sebelum ini, Neelofa pernah mengumumkan mengenai produk kasut rekaannya sendiri dan kini Neelofa melangkah lebih jauh apabila mengambil keputusan untuk mempunyai produk kesihatannya sendiri.

"Gaya hidup moden yang sibuk pada masa kini menyebabkan ramai di antara kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menitikberatkan pemakanan yang sesuai dengan garis panduan pemakanan yang sihat dan bernutrisi," kata Noor Neelofa, salah satu daripada tiga ahli yang menjadi tulang belakang penubuhan BellaVita.

Produk "BellaVita" lahir dari perubatan herba semulajadi yang digunakan oleh nenek moyang kita yang menawarkan pelbagai faedahkepada kesejahteraan badan secara menyeluruh. Sejajar dengan itu, melalui BellaVita Healthcare International Sdn Bhd, Neelofa telah mengeluarkan suplemen kesihatan dan kecantikannya sendiri yang mengabungkan sinergi dua dunia iaitu dunia moden dan tradisional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan