Nuffnang

Isnin, 4 Jun 2012

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>Shila Amzah</b> Dah Naik Harga?

Posted: 03 Jun 2012 01:21 AM PDT

Baru habis program realiti Mania di Astro, tup-tup dah naik harga. Apa cerita Shila Amzah?

Memetik dari Mingguan Malaysia hari ini, nilai token yang perlu dibayar kepada Shila Amzah kini menjadi buah mulut dalam kalangan orang industri.

Isu tersebut semakin hangat diceritakan apabila baru-baru ini Shila telah di jemput untuk menjayakan sebuah program oleh sebuah stesen televisyen.

Apabila pihak produksi memberitahu berkenaan nilai token yang akan dibayar, terus Shila minta supaya bayaran tersebut dinaikkan lagi.

Orang industri mana boleh hendak duduk diam. Habislah dijajanya cerita tersebut. Betul ke Shila semakin 'demand'?

Adakah mungkin disebabkan dia sedang hangat bercinta dengan Sharnaaz Ahmad, nilai token yang perlu dibayar juga meningkat?

Tapi jika dilihat semula, kos sara diri semakin meningkat. Apatah lagi jika hidup sebagai selebriti.

Ramai juga artis yang merungut berkenaan dengan bayaran token yang tidak pernah meningkat dari dulu lagi.

Selepas tolak segala perbelanjaan seperti petrol dan makan minum, berapa yang artis kita dapat?

Kalau artis atau selebriti tersebut betul-betul berbakat, apa salahnya kalau nak 'demand'.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: Mingguan Malaysia

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan