6ixth Sense - Google Blog Search |
Altar Cinta, Single Terbaru <b>6ixth Sense</b> Dilancarkan Serentak Radio <b>...</b> Posted: 18 Jul 2012 06:18 AM PDT 6ixth Sense, kembali dengan album terbaru mereka sempena Ramadan yang disambut dengan gembira khususnya masyarakat Islam di Malaysia. Album yang menjurus kepada nilai kemanusiaan dan kerohanian ini memilih judul Tentang Kita sebagai simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan, tidak mengira sama ada manusia itu berada dalam kesusahan atau dalam lambakan nikmat Tuhan. Himpunan lagu yang dipilih juga berkait rapat dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan harian manusia, khususnya yang masih mencari kedamaian, pencarian kasih sayang, penemuan keredaan dan bantuan Tuhan serta khusus untuk para Muslimin yang menagih syaafat rasul. Lagu baru berjudul Altar Cinta ciptaan penuh vokalis mereka, Adi, bakal menemui peminat yang menantikan sentuhan baru mereka yang semakin popular selepas muncul dengan album mereka, +-x÷, yang menampilkan lagu hebat seperti Khatimah Cinta, Menyesal, Yang Sempurnakanku dan Cinta Mati. Malah, lagu berkenaan bakal diperdengarkan secara serentak menerusi radio utama tempatan pada 18 Julai 2012, terdiri daripada ERA FM (9 malam), THR FM (8.30 malam), SURIA FM (5.50 petang), IKIM FM (5.50 petang), HOT FM dan stesen lain yang mengambil bahagian. Mengandungi empat lagi lagu lain seperti Ayah Dan Ibu, Damai Yang Hilang, Rasulullah dan Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat), susunan muzik yang direncana 6ixth Sense sendiri pastinya mengekalkan kunikan tersendiri kumpulan itu, dimantapkan lagi dengan bunyian 'strings' oleh Dimawan Krisnowo Adji Sa'unine Strings. Antara lagu terbabit adalah lagu yang diberi nafas baru yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid tempatan iaitu Nowseeheart dan Hijjaz. SENARAI PENUH LAGU ALBUM 'TENTANG KITA' Penerang Hati | |||||
Album Kerohanian <b>6ixth Sense</b>! Posted: 20 Jul 2012 04:03 PM PDT SEMPENA Ramadan, kumpulan 6ixth Sense mengangkat tema kemanusiaan dan kerohanian dalam album terbaru mereka berjudul Tentang Kita. Kumpulan yang menjadi pujaan ramai ini memilih judul tersebut sebagai simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan ketika susah dan senang. Berhasrat menumpukan kepada elemen kemanusiaan dan ketuhanan, vokalisnya, Adi berkata, lagu-lagu yang terdapat dalam album tersebut berkait rapat dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian. "Sebelum ini kami ada juga menonjolkan lagu kemanusiaan dan juga kecintaan kepada Tuhan. Namun, album kali ini kesemua lagu dibuat mengangkat nilai kemanusiaan dan kerohanian. Pelancaran album juga mengambil keberkatan Ramadan tahun ini," katanya. Menurutnya, himpunan lagu yang terdapat dalam album tersebut menceritakan mengenai pencarian kedamaian dalam rumah tangga dan mencari kasih sayang daripada ALLAH, Rasul dan ibu bapa. "Album ini menunjukkan keterbukaan kami dalam perjuangan menegakkan syiar Islam menerusi lagu berunsur nasihat dan panduan berguna. "Malah penyertaan kumpulan nasyid Saujana dalam album ini menerusi single pertama kami berjudul Penerang Hati diharapkan dapat membantu dakwah yang menjadi nadi asas dalam album kerohanian ini," ujarnya lagi. Selain Adi, 6ixth Sense turut dianggotai empat lagi anak muda; Gjie pemain gitar utama, Wan pemain drum, Athan selaku pemain gitar kedua dan Ayoy sebagai pemain bass. Single terbaru kumpulan ini berjudul Altar Cinta ciptaan sepenuhnya oleh Adi telah diperdengarkan di semua stesen radio utama sejak 18 Julai lalu. Menyentuh mengenai album terbitan Universal Music Malaysia ini, Adi berkata, terdapat enam lagu yang terkandung dalam album ini yang menggabungkan hasil tenaga kerja profesional dan dirakam di tiga studio berbeza iaitu Hijjaz Studio, King's Studio dan Studio 18. "Terdapat lagu diberi nafas baru yang pernah dipopularkan kumpulan nasyid tempatan iaitu Damai Yang Hilang oleh Nowseeheart dan Rasulullah oleh Hijjaz. "Susunan muzik kami lakukan sendiri bagi mengekalkan trademark kumpulan kami," katanya sambil memberitahu dua lagu lain ialah Ayah Dan Ibu dan Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat). Labels: Berita, Media |
You are subscribed to email updates from 6ixth Sense - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan