Nuffnang

Ahad, 22 Julai 2012

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


<b>Bunkface</b> Lancar Album Kedua, &#39;Bunk Not Dead&#39; | OHBULAN!

Posted: 18 Jul 2012 05:00 PM PDT

17 Julai 2012 telah terciptanya sejarah buat kumpulan Bunkface apabila mereka telah melancarkan album kedua mereka 'BUNK NOT DEAD'. Pelancaran album kedua itu telah berIangsung di sebuah lorong di Wheel Love, SS15 Subang jaya berhampiran dengan Studio/Butik Bunkface Rock Station.

Album Bunk Not Dead ini telah memuatkan sebanyak 13 lagu dimana mengandungi 5 lagu berbahasa Melayu dan 8 lagu berbahasa Inggeris. Album ini telah mengambil masa selama 2 tahun untuk menyiapkannya kerana terlalu banyak pendapat dan percubaan telah dicampurkan untuk album ini. Single pertama untuk album ini merupakan lagu Panik dimana proses rakamannya telah dilakukan sepenuhnya di negara jiran iaitu di Jakarta, Indonesia dan menelan belanja sebanyak RM16,000 untuk satu lagu sahaja.

Untuk lagu yang selebihnya, Bunkface telah merakamkan album sepenuhnya di Iseek Music Studio yang terletak di Kota Damansara. Untuk proses Mixing kesemua lagu telah dilakukan oleh jurutera dari Palu Studio, Jakarta, Indonesia iaitu, 'Mas Henk' manakala proses Mastering pula, Bunkface masih menggunakan khidmat Tom Waltz Mastering dari USA.

'Bunk Not Dead' menunjukkan kematangan Bunkface dari sudut muzik dan juga imej Bunkface sendiri. Album ini menyajikan rasa dan ekspresi Bunkface terhadap dunia di sekeliling mereka sekaligus menjadikan album ini penuh dengan isi tersurat dan tersirat.

'Bunk Not Dead' juga merupakan album yang bermakna buat Bunkface apabila mereka telah membuat satu usahasama bersama Hunter Worldwide Interactive Sdn. Bhd. dimana telah menjadikan album ini sebagai Album AR pertama di dunia. Album AR ini merupakan album yang mengandungi kod tersembunyi di sebalik gambar yang membolehkan grafik di dalam album itu bergerak jika dilihat menerusi telefon Android dan juga Apple.

Untuk album ini, selain masih bekerjasama dengan Indigital Music Sdn Bhd (digital), Bunkface turut menggunakan khidmat Warner Music Malaysia untuk pengedaran ke seluruh Malaysia.

Blog Update (1st May) | <b>Bunkface</b>

Posted: 18 Jun 2012 11:23 PM PDT

Bunkers and EC Fans! We've got great news for you guys! Specially to all BlackBerry users! With a collaboration between Bunkface & PopMyCase , we invented the new Bunkface Blackberry PopMyCase! Check it out guys! We have all new design, new logos and it'll match with our second album that will be out soon. So keep your self updated!! Catch ya'll next time! Peace!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan