Nora Danish - Google Blog Search |
<b>Nora Danish</b> Mengaku Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang <b>...</b> Posted: 22 Jul 2012 03:45 PM PDT Aktress popular Malaysia ini antara mereka dalam senarai kisah cinta yang patut di'pantau untuk tahun 2012 ini dan menariknya ada kisah baru berkaitan diri beliau. Beberapa kali di'landa gossip ringan mengatakan Nora Danish sedang bercinta dengan individu tertentu, pelakon ini kerap menafikan mana mana gossip hubungan cinta. Namun kali ini, nampaknya Nora Danish seakan lebih selesa untuk berkongsi kisah cinta baru beliau dengan seseorang yang khabarnya masih di'peringkat awal hubungan. Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Nora Danish mengakui yang beliau kini sedang mengenali hati budi seseorang tetapi enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut. "Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal." "Saya tidak berniat untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kepada umum, tetapi kalau sudah tiba masa yang sesuai dan hubungan tersebut benar-benar kukuh barulah saya akan bercerita," tambah Nora Danish lagi. Bagus juga untuk Nora Danish memulakan satu hubungan baru yang lebih serius, maklumlah sudah bertahun hidup seorang diri membesarkan anak lelaki beliau Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. |
You are subscribed to email updates from Nora Danish - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan