Nuffnang

Ahad, 1 Julai 2012

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


<b>Awanband</b> Tampilkan Single Lintasan Bintang ~ Informasi Online <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 03:30 AM PDT

SEJAK mula ditubuhkan lebih empat tahun lalu, AWANBAND dikenali sebagai sebuah kumpulan indie yang memiliki peminat yang ramai. Hal ini dibuktikan dengan angka 'fan' di akaun rasmi Facebook AWANBAND yang telah pun melebihi angka 10,000 'like'.

AWANBAND dianggotai oleh lima anak muda dengan pelbagai keistimewaan. Daripada penulisan lirik, penciptaan, penggubahan, sehinggalah bidang kejuruteraan bunyi, kumpulan ini mampu untuk menghasilkan sebuah syarikat produksi sendiri. Menjadikan HUJAN sebagai mentor mereka, AWANBAND mengimpikan sebuah platform yang kukuh dalam industri muzik. Selain itu, AWANBAND juga berhasrat untuk meluaskan pengaruh mereka dalam bidang perniagaan dengan mengikut jejak langkah HUJAN yang telah pun mempunyai syarikat naungan sendiri, "MORNING ROCKET DISTRO".
AWANBAND menjanjikan kelainan dalam berkarya. Terbaru, mereka muncul dengan single kedua daripada album pertama mereka, AWANBAND, yang bertajuk LINTASAN BINTANG. LINTASAN BINTANG merupakan sebuah lagu perlahan dengan mood rock alternatif. Dengan lirik dan nada oleh AWANBAND sendiri, lagu ini menceritakan kisah cinta yang tidak kesampaian. Dipenuhi dengan bait-bait luahan hati yang berkelana, lagu ini berkongsi perasaan duka apabila ditinggalkan kekasih hati. 
Cahaya bintang-bintag
Menyinari wajahmu
Hadir mu dan menemani
Di waktu aku bersama
Kesunyian itu

Biar aku yang hilang
Dari sisi mu sayang
Tak mungkin ku disini
Menduakan perasaan
Yang telah kau jalinkan

Dan aku sedari
Yang selama ini
Cuma sampai disini
Kau bukanlah lagi
Bidadari yang ku impi
Oh mengapa
Ku cuba hindari
Dari kau menghampiri
Hmm hmm hmm
Biarkan ku tahan
Kelukaan di hati
Oo oo oo
Janganlah menangis
Biar jadi begini
Ooo ooo
Pergilah bersamanya
Biar aku aku yang pergi
Dan aku sedari
Yang selama ini
Cuma sampai disini
Kau bukanlah lagi
Bidadari yang ku impi
Oh mengapa
Cuma lintasan bintang
Cuma lintasan bintang
Cuma lintasan bintang
Single kedua daripada AWANBAND ini telah mula mendapat sambutan sejak mula dimainkan di corong-corong radio sejak awal tahun ini.  Menerusi melodi yang indah dengan iringan nada yang tentunya menyentuh hati, LINTASAN BINTANG pastinya 'enak' sebagai halwa telinga. Bagi yang ingin mengabadikan nada dering LINTASAN BINTANG, anda boleh turuti arahan muat turun berikut. Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*234020# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my
Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*129906# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0133961 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*316155# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.
Pada tanggal 14 Mei lalu, AWANBAND telah menjalani sesi penggambaran bagi klip video single kedua mereka ini. Pengambaran yang mengambil masa sehari suntuk ini nanti melibatkan beberapa lokasi termasuk sekitar Putrajaya dan di sekitar Cheras. Di bawah produksi My Motion Pictures, pengambaran klip video ini bakal menampilkan Tasha Shilla, pemenang Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2012, tentunya sesuatu yang menarik untuk dinantikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan