Fasha Sandha - Google Blog Search |
<b>Fasha Sandha</b> Kini Sah Menjadi Isteri Rizal Ashram Dengan Dua <b>...</b> Posted: 27 Apr 2012 05:49 AM PDT Alhamdulillah. Selepas beberapa tahun menyemai cinta antara mereka berdua, Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) selamat mengikat tali pernikahan sekitar jam 9.45 malam tadi. Pengantin perempuan, Fasha Sandha anggun dalam persalinan berwarna cerah rekaan eksklusif Rizman Ruzaini dan hadirin boleh nampak yang aktress ini tampak berseri seri. Majlis pernikahan mereka sebenarnya agak eksklusif kerana hanya sekitar 300 jemputan sahaja yang dibenarkan masuk & dengar khabar ada juga yang berani hadir tanpa jemputan. Tahniah buat pasangan ini yang kami kira sudah banyak kali mengharungi cabaran sepanjang hubungan mereka berdua & kami berharap ikatan sah mereka ini bakal kekal selamanya. Ingin menatap wajah bahagia Fasha Sandha & Rizal Ashram sepanjang majlis pernikahan? Layarkan paparan skrin anda ke bahagian pertama & bahagian kedua liputan bergambar kami. Sebagai pengetahuan anda semua, majlis resepsi perkahwinan Fasha Sandha & Rizal Ashram ini bakal berlangsung di pusat peranginan Bali, Indonesia dan hanya akan di'hadiri oleh 100 jemputan khas. Lebih eksklusif & bermakna buat pasangan ini. Kredit Foto: @sultanmuzaffar of GUA |
You are subscribed to email updates from Fasha Sandha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan