Lisdawati - Google Blog Search |
Sari Yanti, <b>Lisdawati</b>, Ziana Kongsi Rahsia Tampil Langsing <b>...</b> Posted: 28 Jun 2012 03:00 AM PDT TIDAK semua wanita akan kembali langsing selepas bersalin apatah lagi jika mereka bersalin untuk anak kedua mahupun yang ketiga. Pastinya bentuk badan akan berubah dan tidak kekal seperti anak dara. Namun, merujuk kepada selebriti seperti Ziana Zain, Lisdawati dan Sari Yanti yang kini dikurniakan dua hingga empat cahaya mata, mereka kembali langsing dan jelita seperti anak dara! Apakah rahsia mereka? Usah menilai para artis kembali kurus semuanya berkat pertolongan pusat rawatan pelangsingan badan. Bagi pelakon jelita Sari Yanti Mohamad Nazari atau Sari Yanti, 28, ibu kepada dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy,2, dan Basit Al Haq, tujuh bulan, menegaskan dia tidak menaruh kepercayaan terhadap pusat pelangsingan badan. Sari gemar buah-buahan Katanya: "Sari tidak percaya dengan pusat rawatan pelangsingan badan. Maksud Sari, tempat berbayar seperti itu sememangnya boleh menguruskan badan kita dengan cepat. "Namun dalam masa yang sama, mereka tetap akan suruh pelanggan mengamalkan diet. Kalau tidak macam mana boleh berkesan. Jadi, baik Sari menjalani proses melangsingkan badan dengan sendiri," ujarnya yang juga tidak mengambil jamu dan menjalani proses pantang secara ketat dan serius." Sebaliknya, kongsi pelakon drama Paan dan Faiz itu, ketika berpantang dia hanya mengambil buah-buahan. Walaupun ada yang mengatakan ketika berpantang tidak boleh ambil sebarangan buah-buahan tetapi bagi Sari, dia tetap makan semua jenis buah-buahan. "Ia elok untuk mengelakkan wanita selepas bersalin terkena sembelit. Ketika bersalinkan anak sulung iaitu Barr, Sari mengakui tidak sukar untuk menurunkan berat badan tetapi ketika mengandungkan anak kedua iaitu Basit, memang susah sikit nak kuruskan badan. "Sari terpaksa mengambil masa selama tujuh bulan untuk kembali ke bentuk asal selepas bersalinkan Basit. Sari juga terpaksa kawal makan nasi dan mengambilnya dalam jumlah yang sedikit," luahnya yang turut mengamalkan senaman renang setiap minggu. Berkongsi berat badannya ketika dan selepas mengandung, katanya, ketika mengandungkan anak pertama berat badannya meningkat daripada 42 kilogram kepada 65 kilogram. Bagaimanapun, dia berjaya memperoleh berat badan asal dalam masa beberapa bulan. Sebaliknya, ketika mengandungkan anak keduanya, berat Sari hanya meningkat sehingga 57 kilogram sahaja, namun dia terpaksa mengambil masa selama tujuh bulan untuk kembali ke berat yang asal. Jika anak pertama, Sari hanya kembali berlakon sebaik Barr Al Aliy berusia lapan bulan. Namun, selepas bersalin anak kedua, habis sahaja tempoh berpantang, Sari sudah bergegas melunaskan wataknya dalam drama BFF… Teman Tapi Mesra. Memang ketika itu, pelakon itu kelihatan sedikit berisi ketika berlakon dalam drama tersebut.
Tidak membiarkan dirinya menjadi buah mulut peminatnya, Sari kembali ke bentuk badan asal dan membuktikan dirinya kembali langsing ketika berlakon dalam drama Paan dan Paiz yang kini ditayangkan pada setiap hari Rabu di TV3. Lisdawati elak makan malam Sementara itu, bagi aktres Lisdawati, 34, pula, dia bersyukur kerana mendapat pertolongan daripada pusat pelangsingan badan iaitu Slim World untuk menguruskan badan selepas bersalin. Merupakan Duta Slim World, Lisdawati bagaimanapun tidak mengharapkan 100 peratus pada pusat pelangsingan itu sebaliknya mengekalkan kecergasan badannya dengan melakukan senaman aerobik setiap hari di rumah. "Alhamdulillah saya ada program dengan Slim World untuk kedua-dua anak iaitu Nur Aini Farhana, 4, dan Nur Aina Fazneesya, 3. Memang mereka akan pastikan saya kembali langsing dan kurus seperti asal. Tetapi, tidak bermakna saya tidak berusaha sendiri. Saya tidak boleh bergantung semata-mata kepada pusat pelangsingan badan untuk kekal sihat dan bertenaga memandangkan umur semakin meningkat," jelasnya yang turut mengamalkan senaman aerobik dan juga mengambil pemakanan yang seimbang. Kongsi isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu, lepas melahirkan anak kedua, dia tidak lagi makan dengan sesuka hati. Malah, dia mengakui terpaksa kurang mengambil nasi dan tidak lagi makan nasi pada waktu malam. "Selepas melahirkan anak kedua, saya memang kena lebih jaga badan sebabnya kita faham tubuh badan kita tidak sama seperti yang asal. Saya akan pastikan makan malam sebelum waktu solat Maghrib. Paling penting, saya juga kena banyak makan sayur dan buah-buahan. "Saya juga akan pastikan hanya makan satu lauk sahaja bersama nasi dan sayur. Contoh, makanan laut atau ayam atau daging. Jika makan kesemuanya dalam masa yang sama, ia akan menyukarkan proses penghadaman," ujarnya mengenai petua yang di amalkan oleh keluarganya itu. Paling penting, ujar Lisdawati, seelok-eloknya setiap wanita harus berpantang dengan betul dan serius selepas bersalin. Jelasnya lagi, kadang-kadang seorang wanita itu nampak kurus selepas bersalin tetapi rangka di bahagian pinggul dan lain-lain tubuh badan sudah membesar. Disebabkan itu, selepas bersalin wanita harus berpantang secara serius untuk mengembalikan bentuk badan yang sempurna. Tambahnya, setiap individu itu juga tidak sama dan paling penting jangan terlalu stres untuk kurus selepas bersalin. Ziana banyak makan sayur Bagi penyanyi Ziana Zain, tiada siapa yang dapat menafikan kecantikan dan tubuh langsing yang dimiliki oleh ibu kepada empat cahaya mata itu. Malah, tiada siapa menyangka usia penyanyi lagu Madah Berhelah itu sudah mencecah 44 tahun dan dia masih kekal cantik dan langsing!. Begitupun, ramai yang mempertikaikan kakak kepada penyanyi hebat Anuar Zain itu apabila dia dituduh mencucuk botoks ke dalam wajahnya dan kekal langsing berkat menjadi duta program pelangsingan badan, Slim World.
Enggan cepat melatah, Ziana yang ditemui selepas sidang akhbar pelancaran Festival Muzik Kuala Lumpur 2012 (FMKL) di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini, berkongsi rahsia kecantikan yang dimilikinya selama ini. "Orang selalu cakap artis ibarat satu produk maka sesuatu produk itu harus cantik bungkusannya. Kita juga bukan sahaja perlu cantik di mata masyarakat sahaja tetapi kenalah juga cantik pada pandangan mata suami. Paling utama, kita perlu menyanyangi diri sendiri, maka tunjukkan kasih sayang itu dengan menjaga kesihatan diri," ujarnya. Menurut Ziana, tidak perlu membuat pembedahan wajah atau kosmetik sebaliknya mengambil makanan sampingan yang diuji sahih keberkesananya. Bagi Ziana, setiap pagi dia akan memastikan dirinya meminum segelas air putih dan berselawat sebanyak tiga kali. "Mohonlah supaya kita dikurniakan kesihatan dan kecergasan tubuh badan daripada Tuhan. Saya juga setiap kali membasuh muka akan berselawat dan berdoa memohon apa yang diinginkan. "Selain itu, saya juga tidak mengambil nasi yang banyak dan mengambil makanan seimbang terutamanya sayur-sayuran untuk sentiasa memastikan memperoleh berat badan yang ideal. Bukan itu sahaja, jika ada masa lapang saya akan bersenam," kongsinya mengenai petua yang diamalkan daripada ibu dan bapanya itu. Berat badan Ziana naik daripada 50 kilogram menjadi 80 kilogram ketika mengandungkan anak kembarnya iaitu Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh, 3. Bagaimanapun, dia berjaya mengembalikan bentuk badan asalnya setelah enam bulan berusaha. About The AuthorRelated posts |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan