Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search |
<b>Sharnaaz Ahmad</b> Suka Susahkan Pengarah? Posted: 16 Jun 2012 08:17 PM PDT
Setiap orang pasti punya pemahaman yang berbeza. Jadi, cara terbaik untuk memuaskan hati pengarah ialah dengan meminta penerangan daripadanya. Seseorang pengarah sudah ada gambaran yang diinginkan. Jadi, rasanya cara saya ini tidak salah. Bukan mahu susahkan pengarah, tetapi mahu puaskan hati mereka," ulas Sharnaaz tentang tindakannya yang tidak suka membaca skrip. Persoalannya, adakah Sharnaaz pergi ke set penggambaran tanpa sebarang rujukan atau tidak menghafal skrip? Jawab teman lelaki Shila Amzah ini, dia bukanlah seorang yang tidak rasional. Sebaliknya, dia tetap menghafal dialog yang disediakan. "Kalau sampai di set baru saya hendak hafal dialog, memanglah tidak patut. Bukan sahaja menyusahkan pengarah, tapi menyusahkan pelakon-pelakon lain. Saya tidaklah seteruk itu. Jadi, jangan salah faham pula," ujar Sharnaaz lagi. Sementara itu, Sharnaaz juga mengakui yang dia kini sudah mula memilih tawaran berlakon. Bukan kerana mahu bayaran tinggi, tetapi mahu memilih watak yang sesuai. "Kalau boleh saya tidak mahu bawa watak yang sama sahaja. Bimbang nanti, penonton bosan melihat karektor saya. Untuk elakkan perkara ini terjadi, saya buat keputusan untuk pilih watak yang benar-benar sesuai dan pelbagai. Saya mahu cuba watak yang mungkin orang tidak terfikir saya boleh bawa. Kalau watak remaja dan jejaka macho saya dah beberapa kali jayakan. Sesekali, biarlah muncul dengan sesuatu yang lain daripada lain. Selain puaskan penonton, ia juga boleh puaskan hati saya," ujar Sharnaaz. Bermula 15 Jun, Sharnaaz Ahmad akan menemui penonton di TV3, jam 9.00 malam menerusi drama bersiri terbaru berjudul ' Bukan Bidadari'. Drama arahan sutradara, Faisal Ishak ini mengisahkan tentang Inas yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah kehidupan mewah. Namun, takdir telah menemukan Inas dengan beberapa orang lelaki yang tidak berhati perut, yang sanggup merosakkannya. Sharnaaz menggalas watak Ariff, seorang jejaka kaya yang jatuh cinta dengan Inas (Nad Zainal) dan berkahwin dalam usia muda. Jelas Sharnaaz wataknya kali ini tidak sama dengan lakonannya dalam telemovie 'Ungunya Cinta'. Sebaliknya karektornya lebih tenang dan bersahaja. – Gua |
You are subscribed to email updates from Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan