Nuffnang

Jumaat, 6 Julai 2012

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


<b>Diana Danielle</b> teruja nantikan "Hanyut The Movie"! - Tupai

Posted: 28 Jun 2012 05:00 AM PDT

Selepas filem "Jiwa Taiko" arahan Osman Ali yang dibintanginya ditayangkan di pawagam bermula 14 Jun lalu, kini aktres Diana Danielle Danny Beeson teruja menanti kedatangan filem "Hanyut The Movie" yang telah lama disimpan pengarah U-Wei Haji Saari di layar perak. 

Selepas hampir tiga tahun menjalani penggambaran, akhirnya filem ini bakal membuat kemunculan pertama di festival filem di Venice tidak lama lagi. 

 Ikuti temubual eksklusif bersama aktres jelita tentang perkembangan terbaru yang diadakan di KungFu Paradise, Paradigm Mall, Petaling Jaya baru-baru ini. 

Hi Diana! Boleh berkongsi sedikit maklumat tentang perkembangan filem terbaru "Hanyut The Movie" yang telah lama dinantikan peminat? 

Filem ini telah menjalani penggambaran lebih kurang tiga tahun yang lalu. Namun disebabkan beberapa masalah yang timbul, filem ini terpaksa ditunda. Dalam "Hanyut The Movie", saya memegang watak sebagai Nina. Saya turut bergandingan dengan Sofea Jane yang memegang watak sebagai Mem yang merupakan ibu kepada Nina. 

Adakah sukar untuk bekerjasama dengan pengarah U-Wei Haji Saari? 

Ya, sangat sukar! Bukan sukar kerana beliau seorang yang garang tetapi apa yang dia mahukan daripada seorang pelakon amat berlainan dan agak berat. Namun apa yang U-Wei mahukan bukanlah diminta secara paksa atau maki namun. Dia bermain dengan emosi dan meminta kita membawakan watak tersebut secara baik. Siapa yang pernah bekerja dengannya pasti tahu apa yang seringkali digunakan untuk menawan hati pelakon. 

Pernah ada rasa putus asa dalam bidang ini ketika pertama kali berlakon di bawah arahannya? 

Kalau diikutkan ada jugalah rasa putus asa kerana memang sukar bekerja dengan U-Wei. Dia seorang yang teliti, jadi setiap hari saya harus menghayati skrip yang tebal untuk filem ini. Jika sekali-sekala tidak mengapa. Tetapi dia akan suruh berulangkali sehinggalah dia betul-betul berpuas hati. Namun saya kuatkan semangat dan merasakan ini semua adalah pengalaman yang berharga jika saya betul-betul mahu terus berada di dalam industri filem. 

Perkembangan lain selain filem "Hanyut The Movie" yang akan ditayangkan selepas ini? 

Saya akan muncul dalam filem "Hantu Gangster" pada bulan Ogos yang menggandingkan saya bersama Farid Kamil. Manakala pada akhir tahun nanti, "Azazil" pula akan menyusul. 

Mungkin ada perancangan untuk melanjutkan pengajian selepas ini? 

Saya baru sahaja tamat pengajian untuk peringkat diploma dan kini sedang dalam proses untuk menyambung ke peringkat lebih tinggi, tetapi secara talian. InsyaAllah, pengajian talian itu akan diambil di United Kingdom.  

Terima kasih, Diana! 

Sama-sama dan terima kasih juga!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan