Remy Ishak - Google Blog Search |
Paru-paru <b>Remy Ishak</b> Dijangkiti Virus | Oh! Artis | Dunia Gosip dan <b>...</b> Posted: 15 Jun 2012 12:20 AM PDT Hantar ke Twitter! | Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, ditahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang gara-gara kurang rehat serta tidak cukup tidur. Pelakon popular yang berumur 30 tahun, telah disahkan dijangkiti 'Pneumonia' di mana paru-parunya dijangkiti virus. Pneumonia merupakan penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria ke bahagian paru-paru dan seseorang akan mengalami simptom-simptom seperti batuk serta selesema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan seterusnya menyerang paru-paru. Menurut Remy, dia terpaksa ditahan di hospital berkenaan sejak Isnin lalu dan perlu mendapatkan pemantauan daripada pihak doktor setiap masa.
Penyakit seperti ini memang perlu dirawat secepat mungkin bagi mengelakkan menjadi lebih serius yang mungkin boleh meragut nyawa jika dibiarkan.
Remy agak ralat apabila gagal hadir ke pelancaran filem Aku,Kau dan Dia yang diadakan pada Rabu lalu serta beberapa promosi filem Jiwa Taiko sepanjang tempoh ditahan dalam wad. Kesihatan penting dari segalanya. Tanpa kesihatan, tiada apa yang boleh dilakukan. Semuga cepat sembuh Remy Ishak. OH ARTIS: REMY DIKATAKAN TENGAH MERAJUK DENGAN TIZ ZAQYAH SEBAB TIZ TAK PEDULIKAN DIA SAKIT. BIASALAH TU RAJUK RAJUK MANJA |
You are subscribed to email updates from Remy Ishak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan