Nuffnang

Sabtu, 14 Julai 2012

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


<b>Faezah Elai</b> Jaga Batas Bila Bertudung

Posted: 19 Apr 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 19 APRIL2012: Pelakon, Faezah Elai akui sentiasa menjaga batas dan pemakaian yang sopan ketika membawa watak wanita bertudung dalam mana-mana drama yang di bintanginya

Malah, sebagai pembawa watak wanita bertudung dalam beberapa drama sebelum ini termasuk yang terbaru, siri drama Kotex yang berjudul Memberku Hawa, Faezah Elai berkata sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan maruah wanita bertudung terjaga.

"Setakat ini, ada lebih kurang empat drama yang menuntut saya untuk membawa watak wanita bertudung dan saya selesa serta senang melakonkannya tanpa sebarang masalah.

"Kebiasaanya apabila saya diarahkan untuk membawa watak wanita bertudung, saya akan pastikan pemakaian saya adalah pakaian sebenar wanita bertudung dan tidak mendedahkan mana-mana aurat.

"Malah, bukan sahaja dari segi pemakaian, malah saya sendiri menitik beratkan supaya watak wanita bertudung itu menjaga batas apabila bersama dengan lelaki supaya tidak bersentuhan," katanya selepas pelancaran bersiri drama Kotex, Memberku Hawa, baru-baru ini.

Pertama kali muncul dalam Memberku Hawa pada 15 April lalu yang ditayangkan di TV3 setiap hari Ahad, jam 10.30 malam, Faezah Elai memberitahu watak wanita bertudung yang dibawakan dalam drama itu sedikit berbeza daripada sebelum ini.

"Saya memegang watak bernama Hawa. Hawa seorang wanita bertudung yang sangat moden dan urban.

"Walaupun dia bertudung, tetapi dia pandai bergaya serta sentiasa berkeyakinan diri. Malah fesyennya sebagai wanita bertudung sangat up to date dan ceria.

"Penampilannya yang berkeyakinan itu membuatkan dirinya selalu percaya apa yang kaum lelaki boleh lakukan dia pun pasti akan cuba lakukan,"jelasnya lagi.

Selain Memberku Hawa drama yang pernah menampilkannya sebagai wanita bertudung seperti Asmara, Cinta Sempurna dan beberapa drama lain.

Walaubagaimanapun, Faezah memberitahu dia bakal mengurangkan watak wanita bertudung selepas ini jika ada mana-mana pihak menawarkan kepadanya lagi.

Bukan tidak selesa dengan watak wanita bertudung, tetapi menurut Faezah dia tidak mahu mengulangi atau berada dalam watak yang sama terlalu lama dan ingin mencabar dirinya dengan watak lain.

"Kalau terlalu banyak watak yang sama ditawarkan kepada saya dalam masa yang sama, saya akan cuba berehat sekajap dari satu watak itu.

"Saya tidak mahu penonton bosan dan nampak cliché dengan watak yang saya bawakan. Malah saya mahu pelbagaikan banyak jenis watak selepas ini," tambahnya lagi.

Baru sahaja menghabiskan penggambaran filem KL Zombie arahan Woo Min Jin baru-baru ini, Faezah kini sedang muncul dalam filem terbarunya Jidin Sengal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan