Zul Huzaimy - Google Blog Search |
<b>Zul Huzaimy</b> Sunyi Selepas Bercerai ? Posted: 05 May 2012 09:10 AM PDT Diakui oleh Zul sendiri, dia mula terasa sunyi tanpa kehadiran seorang wanita di dalam hidupnya. Dia masih mendudua sehingga sekarang kerana masih lagi belum menjumpai wanita yang mempunyai ciri-ciri yang diimpikannya untuk dijadikan sebagai isteri. "Baru-baru ini saya ada menelefon ibu di kampung dan memberitahu kepadanya supaya mencari seorang calon isteri untuk saya kerana rasa sunyi tanpa seorang isteri," Walaubagaimanapun, dia menggunakan keadaan tersebut dengan sebaiknya. Daripada meratapi perasaan sendiri, beliau lebih bersemangat untuk menumpukan lebih masa pada kerjayanya. Masa terluang digunakan dengan baik, apabila dia dapat menghasilkan beberapa skrip dan ianya digunakan di dalam drama di televisyen katanya. "Menulis skrip memberikan satu kepuasan berbeza kepada saya kerana tanpa disedari imaginasi dalam kepala saya dapat diterjemahkan dalam bentuk skrip. Kadang kala saya sendiri terkejut dengan apa yang telah saya buat." |
Novel Seindah Sakura pikat <b>Zul Huzaimy</b> Posted: 08 May 2012 11:32 PM PDT "Selalunya, pengarah lain paparkan kampung setinggan di kawasan landasan kereta api seperti digambarkan dalam novel ini, tapi kami ubah drama ini dengan memaparkan kehidupan setinggan di kawasan Beserah, Kuantan kerana susah nak buat proses 'dubbing' di kawasan landasan kereta api. "Selain itu, jika orang fikir, bunga sakura hanya ada di Jepun, hakikatnya, ia boleh didapati di Kota Paris seperti dipaparkan dalam drama ini. Sebenarnya, kekuatan drama ini terletak kepada jalan ceritanya sendiri dan tidak susah untuk saya membentuk karakternya. Sebab itu penonton akan nampak syot dalam drama ini juga ringkas," katanya. Zul ditemui di sesi ramah mesra drama bersiri itu di Theaterette, Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini. Hadir sama, Pengurus Wanita Inspirasiku, Hadzelynda Khairuddin. Drama ini dimantapkan lagi dengan barisan pelakon seperti Datuk Eizlan Yusof, Sherie Merlis, Eryna, Wan Sharmila, Fimie Don dan artis veteran Mak Mah. Ditanya kerjasamanya dengan Fahrin dan Fasha, beliau berkata, mereka tidak pernah bersikap 'diva' walaupun cukup besar namanya dalam bidang seni. "Apabila produser dan pihak TV3 beritahu watak utama cerita ini akan dilakonkan Fasha (Shakira) dan Fahrin (Cikgu Airil), saya terus setuju kerana mereka memang serasi. "Sebagai pengarah, apabila masuk saja ke lokasi penggambaran, saya tidak pandang artis itu sebagai Fasha atau Fahrin, cuma kalau pelakon itu tidak 'beri' apa yang saya nak dalam menjiwai karakter diserahkan, saya tetap tegur dan bimbing mereka," katanya. Malah Zul akui memang banyak 'bertekak' dengan Fahrin ketika di lokasi penggambaran drama ini demi kebaikan tetapi masing-masing tidak pernah ambil hati. "Satu perkara kalau orang tanya, kenapa saya sendiri tak berlakon dalam cerita ini, jawapan saya adalah saya tak boleh buat dua kerja sekali gus. Saya lihat watak Cikgu Airil kacak dan garang ini lebih sesuai dilakonkan oleh Fahrin. "Fasha pula jenis pelakon yang suka beri sedikit demi sedikit lakonannya mengikut episod supaya pelakon tertunggu-tunggu kemunculannya dan kemudian 'beri habis' apabila espisod kemuncak. Fahrin dan Fasha dah masak dengan kerja mereka. "Sebagai pengarah yang juga pernah pelakon, saya lebih suka beri ruang dan kebebasan kepada pelakon saya termasuk dari segi dialog," katanya. Tambah Zul lagi, dia puas hati dengan lakonan Mak Mah yang turut beri impak yang besar sebagai nenek Shakira dalam drama itu. "Mak Mah tidak dapat skrip penuh tapi lakonannya tetap hebat hingga ke penghujung cerita. Selain itu, saya turut gementar bekerja dengan Eizlan yang pernah mengarah dan menulis sendiri skrip drama yang bagus sebelum ini. "Cuma watak antagonis lakonan Wan Sharmila saya lebihkan sedikit mungkin kerana peranan antagonis sudah menjadi jiwa saya, sejak dulu," ujarnya. Antara telefilem arahan Zul yang lain adalah Rambong, Kenapa Aku Mencuri, Unjul Nak Jadi Orang, Inang Di Bumi Kerbau, Nyanyikan Aku Air Mata Itu dan Aku Belum Mati. |
You are subscribed to email updates from Zul Huzaimy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan