Nuffnang

Sabtu, 14 Julai 2012

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Fauzi Nawawi & <b>Lisdawati</b> Menunaikan Umrah, Ingin <b>...</b> - Opss Media

Posted: 12 Jul 2012 05:36 PM PDT

Fauzi Nawawi & Lisdawati Menunaikan Umrah, Ingin Jadi Muslim Terbaik

Pelakon Fauzi Nawawi berazam untuk menjadi umat Islam yang baik sempena kunjungannya ke Mekah bagi menunaikan umrah. Fauzi yang akan berangkat ke Tanah Suci itu pada malam Jumaat (malam ini) juga meminta semua pihak yang mungkin pernah berkecil hati dengannya agar dapat memaafkan segala kesilapan yang berlaku tanpa disedari.

"Ini merupakan pemergian saya buat kali kedua bersama isteri, Lisdawati dan ibu. Jadi, sebelum berangkat, saya ingin memohon maaf daripada semua pihak sekiranya ada yang tergores hati dengan kelakuan saya sebelum ini.

"Niat saya ke sana adalah untuk menjadi umat Islam yang lebih baik daripada sebelum ini dan moga pemergian ini diberkati.

"Doakan juga kami selamat pergi dan pulang ke tanah air ," katanya.

Tambah Fauzi, selain mengerjakan umrah, dia juga tidak sabar untuk merasai pengalaman berpuasa bersama-sama dengan umat Islam lain di Mekah.

"Pada tahun lalu, kami menunaikan umrah pada bulan puasa dan pengalaman di sana sangat menyeronokkan terutamanya ketika tiba waktu berbuka.

"Tambah pula umat Islam di Masjidil Haram begitu mesra dan saling berkongsi makanan, terasa macam berbuka dengan sebuah keluarga yang sangat besar. Apa-apa pun, semoga perancangan kami berjalan dengan lancar," ujarnya.

Sementara itu, Fauzi turut berdebar menantikan kemunculan filem arahan sulungnya berjudul Pak Pung yang masih lagi dalam pasca produksi. Malah, Fauzi turut menunjukkan kehebatan vokalnya dengan menyanyikan sebuah lagu runut bunyi filem tersebut berjudul Adam dan Hawa, berduet dengan penyanyi Marsha.

"Adam dan Hawa merupakan lagu kedua saya selepas Kau Aku yang pernah dirakamkan beberapa tahun lalu.

"Rasanya, inilah peluang untuk menunjukkan sisi bakat saya yang lain selain pengarahan dan lakonan.

"Apabila diberi respons positif selepas memberi teman-teman menyaksikan suntingan awal Pak Pung, ia membuat saya lebih semangat untuk menyanyikan sendiri lagu Adam dan Hawa," tuturnya.

Terjah lagi, artikel yang menarik : Artis Pergi Umrah, Fauzi Nawawi, Hiburan, Lisdawati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan