Ning Baizura - Google Blog Search |
Isu <b>Ning Baizura</b>, Utusan ubah laporan Sinar Harian - MiLo SuaM Posted: 21 Jul 2012 03:57 AM PDT SEBELUM ini MiLo SuaM ada mendedahkan peruntukan RM300,000 sebulan yang diterima oleh cybertrooper Umno, rujuk sini [Cybertrooper Umno] Tentu anda masih ingat didedahkan sebelum ini bagaimana cybertrooper Umno ini dilatih untuk memutar dan memesongkan fakta bagi menguntungkan Barisan Nasional rujuk sini [Malaysiakini]. Dalam satu sesi latihan cybertrooper Umno, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara. "Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan)" Kata beliau. Mari kita lihat bagaimana Utusan Malaysia mempraktikkan taktik kotor penulisan yang diajarkan kepada cybertrooper Umno itu. Sebagai contoh lihat laporan Utusan Malaysia di bawah ini berhubung isu Ning Baizura nafi beliau menyertai Parti Islam, PAS dan menyifatkan berita itu sebagai fitnah PAS. Ini merupakan kaedah penulisan ketiga iaitu blatant lie. Utusan menggambarkan sebuah akhbar (Sinar Harian) melaporkan Salahudin Ayub berkata bahawa Ning Baizura sudah menyertai Parti Islam, PAS. Sebenarnya berlaku pengubahan maksud secara serius di sini. Ini kerana, kalau kita rujuk laporan asal Sinar Harian, akhbar itu melaporkan, Salahudin berkata Ning Baizura bakal sertai PAS. Bila kata bakal, maknanya perkara itu belum berlaku namun Utusan Malaysia menggunakan kaedah penulisan "blatant lie" untuk perbodohkan rakyat. Difahamkan, Salahudin Ayub menyebut Abby Abadi, Shahrifah Aini, dan Ning Baizura bakal menyertai PAS kemudian disambung dengan ayat "Kalau Ning Baizura sertai PAS, Pakatan Rakyat akan menang Putrajaya". Namun perkataan sambungan itu tidak dilaporkan oleh Sinar Harian yang menunjukkan bahawa beliau sebenarnya berseloroh mengenai ramalannya tentang Ning Baizura akan menyertai PAS itu. Apa pun ReJaM© akan cuba dapatkan video rakaman ucapan Salahudin itu, jika berjaya akan disiarkan di MiLo SuaM. Sebelum ini MiLo SuaM juga pernah mengeluarkan kisah Ning Baizura bakal sertai PAS ini, namun ramai pihak tidak mempercayainya, malah ada yang mengungkit semula kisah pengakuan Ning Baizura yang ingin melakukan seks dengan ramai lelaki. Rujuk ruangan komen artikel ini [Ning Baizura Sertai PAS] ReJaM© "Utusan Malaysia menangguk di air yang keroh... " |
You are subscribed to email updates from Ning Baizura - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan