Rita Rudaini - Google Blog Search |
<b>Rita Rudaini</b> Bakal Berhijab, Sedia Jadi Isteri Rosyam Nor Posted: 23 Jul 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Teks: Razif Rosdi KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2012: Pelakon cantik, Rita Rudaini mengakui ada terfikir untuk berhijrah imej menjadi seorang wanita yang bertudung. Bagaimanapun, Rita yang kini sibuk menjalani penggambaran filem Balistik di sekitar Lembah Klang mahu berhijrah dengan kerelaan hati. "Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan berhijab. Terus-terang, saya ada terfikir untuk ke arah itu. Kalau boleh, biarlah saya bertudung atas kerelaan hati tanpa ada paksaan orang lain," katanya kepada murai.com.my. Dalam pada itu, Rita Rudaini memberitahu, lamaran untuk menjadi isteri Rosyam Nor dalam filem Balistik diterima kerana dia tahu produser hebat ini seringkali memberikan watak yang terbaik buat dirinya. "Sebenarnya, sebelum ini Rita ada mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem lain. Namun, Rita tidak terima tawaran berkenaan kerana berasakan ianya tidak bersesuaian dengan Rita. "Namun, Rita setuju untuk terima berlakon dalam filem Balistik kerana Rita tahu Rosyam tidak pernah mengecewakan Rita. "Buktinya, setiap kali drama yang Rita berlakon di bawah syarikat produksinya, pasti ianya akan memberikan impak yang bagus buat diri Rita. Lagipun, Rita pun serasi bekerja dengan dia," jelasnya. Sementara itu, Rita tidak menolak mempunyai perancangan masa depan buat kedua orang anaknya. Namun, Rita tidak mahu berkongsi perancangan tersebut untuk sementara waktu dan berjanji akan memberitahnya apabila tiba masanya nanti. |
<b>Rita Rudaini</b> Hiasi Muka Depan EH! Ogos 2012 & Bakal Berhijab <b>...</b> Posted: 23 Jul 2012 10:08 PM PDT Rasanya ramai yang jatuh cinta dengan keayuan Rita Rudaini berhijab sepanjang menghadiri sesi mahkamah berhubung kes penceraiannya. Sememangnya Rita nampak lebih cantik, lebih manis dan lebih menawan apabila berhijab. Dan sebenarnya Rita memang ada perancangan untuk kekal berhijab suatu hari nanti. Kata Rita kepada portal Murai:-
Sementara itu, majalah EH! edisi Ogos 2012 telah pun menampilkan Rita Rudaini sebagai penghias muka depan mereka. Tema hijau yang dipilih kemungkinan besar kerana Hari Raya yang bakal menjelma. Di mata Abang Nara, wajah "chinese look" Rita jelas terserlah apabila rambutnya digayakan sedemikian rupa. Jangan lupa dapatkan majalah EH! di pasaran. Membaca tajuk "Berpisah atau tidak, terserah pada-Nya" pun sudah membuatkan Abang Nara teruja untuk membeli majalah ini. Sila cepat sebelum kehabisan stok. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Rita Rudaini - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan