Siti Nordiana Jual Tudung 'Ammara Collections' KUALA LUMPUR – Selepas menyepi dari dunia nyanyian, tidak ramai yang mengetahui perkembangan hidup Siti Nordiana yang suatu ketika dahulu popular dengan lagu Paling Comel hasil duet dengan Allahyarham Achik Spin.
Terkini, Siti Nordiana yang lebih mesra dipanggil dengan nana sahaja sudah pun mempunyai perniagaannya sendiri.
Nana telah pun membuka kedai menjual tudungnya sendiri di bawah label Ammara Collection.
Kata nana, dia sudah membuka kedainya itu sejak dua bulan lalu bersama rakan kongsinya yang banyak menjual koleksi tudung-tudung terbaru dan beberapa baju muslimah.
"Kira-kira dua bulan sudah dibuka. Ala, kedai pun tidak besar mana. Kebetulan sebelah kedai datuk Nana ada ruang kosong. Jadi, Nana pilih untuk jadikan kedai tudung.
"Nana buka kedai tudung itu dengan seorang rakan kongsi. Selain tudung yang biasa-biasa, juga dijual baju Muslimah, kosmetik jenama Missrose serta beg tangan. Kebanyakan barangan, diambil daripada pembekal di Kuala Lumpur," kata Nana yang diambil dari akhbar Mega Hits hari ini.
Tujuan Nana membuka perniagaan kecilnya sendiri adalah kerana ingin mencari rezeki lebih demi menampung kehidupannya bersama anak kecil, Muhammad Rayyan Nakhaie,4.
Kos sara hidup yang semakin tinggi juga membuatkan Nana ingin mencari sumber rezeki lebih memandangkan dia tidak lagi kerap menyanyi seperti dahulu.
"Sudah lama saya tidak buat lagu baru. Nasib baiklah, undangan untuk persembahan makan malam dan majlis tertutup masih ada.
"Perniagaan ini sebagai sumber pendapatan sampingan. Anak pun semakin membersar dan perbelanjaan semakin meningkat, saya perlu berusaha lebih sedikit untuk masa depan kami," katanya.
sumber : http://www.suarapeople.com/2012/07/s...a-collections/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan