Erra Fazira - Google Blog Search |
- (7 GAMBAR)<b>Erra Fazira</b> Di Majlis Berbuka Puasa Astro |
- :: MYARTIS.COM ::: GAMBAR - AKSI MENAWAN <b>ERRA FAZIRA</b>
- Iklan Hari Raya <b>Erra Fazira</b> Bongkar Kisah Silam Bapanya
(7 GAMBAR)<b>Erra Fazira</b> Di Majlis Berbuka Puasa Astro | Posted: 04 Aug 2012 09:23 AM PDT Erra Fazira antara barisan selebriti wanita yang turut menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Astro baru-baru ini. Abang Nara suka dengan Erra Fazira kerana gayanya yang maintain cun daripada dulu hingga sekarang. Erra memang layak untuk digelar diva. Lagi 6 gambar terbaru Erra Fazira dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Ryaniez Moments Photography. Baca Yang Ini Pulak:- |
:: MYARTIS.COM ::: GAMBAR - AKSI MENAWAN <b>ERRA FAZIRA</b> Posted: 22 Jul 2012 07:28 PM PDT Gambar terkini Erra Fazira yang makin anggun dan menarik perhatian. Apakah rahsia Erra mengekalkan kejelitaan dan apakah yang mendorongnya untuk kekal menawan? Bukan apa, kalaulah Erra melancong ke luar negara seorang diri, pastinya tiada yang tahu bahawa beliau sebenarnya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kelasss kau Maria..! |
Iklan Hari Raya <b>Erra Fazira</b> Bongkar Kisah Silam Bapanya Posted: 30 Jul 2012 12:01 PM PDT Buat kali pertama, pelakon, penyanyi dan bekas Ratu Cantik Malaysia, Erra Fazira atau nama sebenar, Fazira Wan Chek mendedahkan siapa bapanya dan apa yang berlaku dalam hubungan mereka. Ia sekali gus menjawab teka-teki ramai yang ingin mengetahui identiti bapanya selama ini. Erra menyerahkan kepada Astro untuk berkongsi cerita itu dalam komersial raya bertemakan 'Jalinan Kasih di Aidilfitri' yang akan ke udara secara eksklusif pada minggu terakhir Ramadan. Iklan durasi 60 saat itu menjalani penggambaran di Tanjung Karang, Selangor. Erra Fazira yang dilahirkan di Sungai Choh, Rawang pada 9 Februari 1974, menafikan selama ini merahsiakan identiti bapanya, cuma dia merasakan perkara itu tidak perlu dikongsi setiap kali ditanya media. Pun begitu, hati anak tunggal pasangan Wan Chek dan Azizah Zaik ini terbuka untuk bercerita apabila tema yang diperkenalkan Astro bersesuaian dan boleh dijadikan pengajaran bersama. Memori sedih itu tidak pernah padam, sebaliknya terkunci kemas di sanubari hingga tiada siapa mampu menebaknya. "Bagi saya, ia bukan perkara terlalu sensitif, sebab itu saya boleh kongsi. Lagipun, ia disampaikan dengan menggunakan saluran betul. Saya cuma menceritakan kisah zaman kanak-kanak yang belum pernah dikongsi dengan masyarakat. "Semua orang ada sejarah masing-masing dan ia bukan berniat memburuk atau menyalahkan mana-mana pihak, malah sebelum penggambaran, saya ingatkan pihak Astro supaya penyampaiannya nanti biarlah dalam bentuk membina. "Apa yang ingin saya sampaikan dalam iklan ini, ikatan tidak akan putus walaupun berpisah mati. Seperti saya katakan tadi, ia bukan salah sesiapa tetapi keadaan yang menjadikannya begitu. "Buatlah apa saja, satu hari pasti si anak tahu siapa bapanya. Diharap secebis kisah ini boleh menyedarkan mereka yang ada kasih sayang depan mata tetapi tidak menghargainya," katanya sambil menghela nafas panjang. Sinopsis iklan iklan hari raya Erra Fazira 'Jalinan Kasih di Aidilfitri'
VN:F [1.9.20_1166] VN:F [1.9.20_1166] Rating: +2 (from 2 votes) ENTRY BERKAITAN:
|
You are subscribed to email updates from Erra Fazira - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan