Nuffnang

Sabtu, 11 Ogos 2012

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


<b>Que Haidar</b> | Profil Pelakon | Kakiwayang.com

Posted: 01 Aug 2012 08:11 AM PDT

Que Haidar

Nama komersial : Que Haidar

Nama sebenar : Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar

Tarikh Lahir : 30 Mei 1979

Asal : Kulai, Johor

Filem :

KL Menjerit 1 (2005)

Rock (2005)

Castello (2006)

Pemburu Emas Yamashita (2006)

Bilut (2006)

Cinta (2006)

Syaitan (2007)

Zombi Kampung Pisang (2007)

Haru Biru (2007)

Cuci (2008)

Selamat Pagi Cinta (2008)

Maut (2009)

Skrip 7707 (2009)

Papadom (2009)

Setem (2009)

My Spy (2009)

Duhai Si Pari Pari (2009)

Lagenda Budak Setan (2010)

Misteri Jalan Lama (2011)

Anugerah :

Pelakon Harapan Lelaki FFM 2006

Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2008

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2008

Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2009

Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2009

Que Haidar

Suara Generasi Baru » Ikon Belia – <b>Que Haidar</b> Mahu Bantu Belia <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2012 10:25 PM PDT

que haidar

"Syukur alhamdulillah dan saya merasa bangga kerana akhirnya saya diangkat sebagai Ikon Belia Negeri Johor pada tahun ini Kebetulan pada ketika ini saya mengurangkan aktiviti lakonan saya dan saya banyak melibatkan diri dibelakang tabir. Adalah menjadi niat saya untuk bergerak secara aktif dinegeri Johor dalam membantu para belia meningkatkan kualiti seni mereka," menurut Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar.

Que Bersama Salah Seorang Pemenang Anugerah

"Saya berharap sangat agar adanya saya dinegeri Johor ini, saya dapat bekerjasama dengan agensi kerajaan mahupun Kerajaan Negeri Johor sendiri dalam membantu golongan muda yang berminat dengan aktiviti seni, katanya yang juga merupakan Ikon Persatuan Belia Karisma Kulai, Johor," tambahnya lagi.

Que Ditemuramah

"Baru – baru ini saya ada menjalankan kerjasama dengan Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Johor Bahru melaksanakan Bengkel Asas Lakonan dan Asas Tari,"

Que Bersalama

Beliau juga menambah agar apa sahaja yang dilakukan olehnya pada hari ini dan masa akan datang, akan sentiasa disokong oleh semua pihak asalnya ianya tidak tersasar.

"Saya berharap agar, golongan belia yang ada di negara ini janganlah mengganggu orang lain, jangan dengki dengan apa yang orang lain ada. Dalam Islam, kita mengadap kiblat yang sama, tatatertib dalam solat yang sama. Itulah apa yang perlu diterapkan dalam diri kita. Masing – masing ada kekurangan dan kelebihan tersendiri, masing -masing melengkapi antara satu dengan yang lain dan itulah yang lebih penting," ujurnya lagi.

"Seni boleh menjadi hobi dan pada hari ini ia sudah boleh menjadi kerjaya. Jika dahulu sekiranya ingin berlakon dan menyanyi kita perlu ke Kuala Lumpur. Disebabkan itulah saya bersama Persatuan Belia Karisma ingin membawakan peluang yang hanya boleh didapati di Kuala Lumpur itu ke negeri kelahiran saya. Saya ingin anak Johor merasakan apa yang telah saya rasai pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan mereka," menurut kata suami kepada Linda Jasmin (pereka tari terkenal negara).

Que juga memberitahu, pada ketika ini dia sedang enjalankan kerja amal untuk pesakit barah payudara.

"Belia sewajarnya banyak menjalankan kerja amal. Jangan kita ansyik mengharapkan kerja – kerja yang membawakan keuntungan. Kerja – kerja amal juga adalah merupakan bentuk aktiviti yang sewajarnya dilaksanakan oleh golongan belia," katanya mengakhiri perbualan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan