Saiful Apek - Google Blog Search |
<b>Saiful Apek</b> Bebas Dari Tuduhan Ganja | Berita Hiburan & Gosip <b>...</b> Posted: 25 Jun 2012 02:03 AM PDT Siapa tak kenal dengan Apek yang terkenal dengan lawaknya yang gitu-gitu. Bukan sahaja berbakat sebagai penyanyi malah setiap lawak yang dilakonkan memang kena pada jiwa peminatnya. Namun semasa namanya popular, nasib malang menimpa Saiful Apek dan tiga rakannya apabila mereka menghadapi tuduhan memasukkan dadah ganja ke dalam badan, dua tahun lalu. Mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda. Saiful Apek dan tiga rakannya dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dekat sini, jam 11 malam, 12 Jun 2010. Keempat-empat mereka sebelum ini pernah mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan. Selain Apek, Shah Zainatull yang merupakan pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shaiful Baharom dan Noremy yang merupakan pekerja sambilan kru produksi syarikat milik Apek itu turut dituduh di atas kesalahan yang sama. Walaubagaimanapun, hari ini Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah mengambil keputusan untuk membebaskan mereka. Menerusi laporan Berita Harian, Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes 'prima facie' terhadap Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohamad Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, bersama Shaiful Baharom, 25, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya, 29, serta Noremy Mohamad, 29. Oleh itu selesailah sudah kes yang melerat sekian lama ini. Kepada yang terlibat, ambillah ini sebagai pengajaran. OHARTIS: DIBEBASKAN DARI TUDUHAN, MAKNANYA NAMA APEK BERSIH KEMBALI. AMBIL INI SEBAGAI SATU HIKMAH. |
<b>Saiful Apek</b> Bebas Tuduhan Miliki Dadah Posted: 25 Jun 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan PETALING JAYA, 25 JUN 2012: Pelawak dan pelakon terkenal, Saiful Apek dan tiga rakannya dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini daripada tuduhan memasukkan dadah ganja ke dalam badan, dua tahun lalu. Menerusi laporan Berita Harian, Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes 'prima facie' terhadap Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohamad Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, bersama Shaiful Baharom, 25, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya, 29, serta Noremy Mohamad, 29. Saiful Apek dan tiga rakannya dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dekat sini, jam 11 malam, 12 Jun 2010. Keempat-empat mereka sebelum ini pernah mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan. Shah Zainatull adalah pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, manakala Shaiful Baharom dan Noremy pula merupakan pekerja sambilan kru produksi syarikat milik Apek itu. Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda. |
You are subscribed to email updates from Saiful Apek - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan