Nuffnang

Isnin, 24 September 2012

Atilia - Google Blog Search

Atilia - Google Blog Search


a Delusional Thinking Of Liza Razak: Jazz Jam Session With <b>Atilia</b> <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 08:24 PM PDT

{ Alexis, Great Eastern Mall . 7th September 2012 }

" I think music in itself is healing. It's an explosive expression of humanity. It's something we are all touched by. No matter what culture we're from, everyone loves music. "

Billy Joel

Saya memang minat dengan muzik Jazz dari zaman saya sekolah lagi. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan kawan yang rata-rata memang kaki layan Jazz. Dulu selalu perabis duit PTPTN beli cd Nina Simone, Sade, Erykah Badu dan Diana Krall...hehe. Kalau korang memang peminat Jazz macam saya, mesti cakap Alexis - Great Eastern Mall tempat terbaik kalau nak layan Jazz Live Band. Dulu rajin jugak ke sana dengan kawan semata-mata nak tengok show dari Mia Palencia dan beberapa band yang lain.
 Last week saya ternampak Atilia update show beliau kat Instagram. Terus guling-guling depan Mr Kudud ajak dating kat Alexis. Kali terakhir saya tengok show Atilia ni tahun lepas, masa ESG Jazz Festival. Terus jatuh cinta dengan show Atilia. Masa kami sampai tu, kebetulan dapat meja depan stage. Tergamam dapat tengok Atilia betul-betul depan mata. Malam tu beliau banyak menyanyikan lagu daripada album Indah + Sangkar, selain itu ada juga dari Sade, "The Sweetest Taboo" ( favourite saya ) dan lagu dari Salamiah Hassan, ibu beliau sendiri. Malam tu Atilia buat surprise dengan mengajak ibu beliau, Salamiah Hassan menyanyikan lagu Surat Terakhir. Memang kagum tengok sebab Salamiah Hassan sangat entertaining dan comel.
Habis sahaja show, kami kebetulan duduk sebelah-menyebelah dengan auntie Atilia. Kebetulan auntie Atilia sapa saya..kami berbual-bual sebentar. Habis je berbual terus auntie Atilia bawa saya dan Mr Kudud berjumpa terus dengan Atilia. Paling penting kena beli album terbaru Atilia sebab lagu-lagu dalam album terbaru ni ada yang jadi favourite song saya seperti Gelombang dan Angel. Excited betul bila jumpa sebab CD saya dapat autograph dari Atilia..hehe. Sampai je rumah bila check Instagram & Twitter, nampak Atilia tweet thank you dan like gambar-gambar beliau di Instagram saya. Terharu betul saya :) Thank you so much Atilia. We always love and support you !
Follow Atilia Haron in Instagram ( atiliaharon ) & Twitter ( @AtiliaCLPT )

p/s : lupa pulak nak saya thank you kat Mr Kudud sebab bawa saya dating kat Alexis Jumaat lepas...hehe
 TERIMA KASIH ABANG KUDUD. JASAMU DIKENANG...hikhik.

Love,
LIZA RAZAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan