Nuffnang

Isnin, 24 September 2012

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Foto <b>Rosyam Nor</b> Terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni

Posted: 17 Sep 2012 03:09 AM PDT

Aktor terkenal Rosyam Nor berkata penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana Seni (Keusahawanan Industri Kreatif) daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Sabtu lalu membuktikan kerja kerasnya selama 26 tahun dalam bidang seni diiktiraf ahli akademik.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohd Noor Shamsuddin, 45, berkata, dia berharap pengiktirafan itu akan menjadi iktibar kepada khalayak umum terutamanya generasi muda agar rajin berusaha dalam apa jua lapangan kerja walaupun tanpa kelulusan yang tinggi.
"Saya masih terkejut dan tersentuh dengan penganugerahan (ijazah kehormat) ini. Saya tidak sangka usaha saya pada cabang seni selama 26 tahun dihargai dan mendapat perhatian ahli akademik.
"Kalau diikutkan kelulusan, siapalah saya tetapi apabila lebih 30 ahli senat UMK memberikan pengiktirafan ini, saya berbesar hati menerimanya. Saya harap ia menjadi iktibar kepada golongan muda untuk bekerja keras," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Ahad.
Ijazah tersebut disampaikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Kota Bharu, Kelantan bersempena Majlis Konvokesyen kali kedua UMK, pada Sabtu lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan