Lisdawati - Google Blog Search |
Rayuan Nadia Mustafar Ditolak Dan Diperintah Bayar RM50,000 Pada Posted: 18 Sep 2012 09:55 PM PDT
Nadia juga diperintah membayar kos perundangan RM3,000 kepada Lisdawati. Sebelum ini, Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 oleh Hakim Mahkamah Tinggi selepas beliau memenangi kes saman fitnah terhadap Nadia. Dalam saman yang difailkan pada 21 April 2010, Lisdawati mendakwa Nadia dengan niat jahat memberi wawancara yang mengandungi perkataan berbaur fitnah kepada wartawan Hanif Abdul Ghani (Allahyarham) dari majalah Media Hiburan. Lisdawati mendakwa wawancara itu dibuat pada Januari 2005 dan artikel mengenainya disiarkan oleh majalah itu dalam edisi 8 – 14 Januari 2005. Beliau mendakwa perkataan dalam artikel itu bertujuan membawa maksud bahawa beliau meminjam wang daripada Nadia dan gagal membayar balik hutang itu. Nadia, dalam pernyataan tuntutannya bertarikh 18 Mei, 2010, mendakwa artikel itu tidak berbaur fitnah, sebaliknya bertujuan meminta orang yang berhutang supaya menjelaskan hutangnya. |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan