Nuffnang

Isnin, 24 September 2012

Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


Erra Fazira Tarik Diri & <b>Lisa Surihani</b> Bakal Bawa Watak Tun Siti <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 01:17 AM PDT

Erra Fazira Tarik Diri & Lisa Surihani Bakal Bawa Watak Tun Siti Hasmah

Maaf jika kami bersikap perlahan tetapi kami baru sahaja mendapat tahu yang Erra Fazira telah pun sah menarik diri dari pementasan Teater Tun Siti Hasmah di Istana Budaya.

Alasan Erra Fazira tidak dapat meneruskan tugas membawa watak utama iaitu Tun Dr. Siti Hasmah adalah kerana jadual kerja yang bercanggah selepas pementasan tertangguh.

Teater Tun Siti Hasmah di'jadualkan bermula pada 30 Ogos 2012 ini namun khabar terbaru mengatakan tarikh baru sudah di'anjak ke 14 September 2012 sebagai tarikh mula.

Menariknya, Media Hiburan hari ini melaporkan yang tugas Erra Fazira bakal di'galas oleh Lisa Surihani yang sebelum ini di'ura urakan sebagai pilihan kedua produksi.

Pementasan teater kali ini kembali menampilkan Esma Daniel sebagai Tun Mahathir & Nazim Othman di'beri cabaran membawa watak Tun Mahathir ketika muda.

Related Posts
Categories
Tag

<b>Lisa Surihani</b> Lebih Berdikari Selepas Bebas Dari MIG – Perak Today

Posted: 13 Sep 2012 10:21 AM PDT

Lisa, 26, berkata, keputusan yang dipertimbangkan sejak dua tahun lalu itu diambil sebagai langkah permulaan untuk dia terus mengukuhkan kerjaya dan jenama yang sedia ada dengan usaha sendiri.

"Saya menandatangani kontrak pengurusan artis di bawah MIG selama lima tahun dan ia berakhir pada 10 Ogos lalu. Perkara ini sudah saya pertimbangkan sejak dua tahun lalu lagi tetapi saya berpegang pada janji untuk terus bersama mereka sehingga kontrak tamat.

"Maka, selepas kontrak itu berakhir, kini saya sudah bersedia untuk berdiri sepenuhnya di atas kaki sendiri. Sepanjang tempoh itu, saya amat hargai pengalaman, ilmu dan kerjasama yang terjalin antara kami dalam membantu saya pada aspek kerjaya dan peribadi," katanya ketika ditemui di Menara Star di sini, petang Rabu.

Lisa berkata, status sebagai artis bebas tidak menggugat perjalanan kerjayanya kerana ia memberikan lebih kebebasan dan kematangan untuk dia menerima sesuatu tawaran kerja.

"Saya percaya rezeki adalah ketentuan Tuhan dan kita perlu terus berusaha. Status sebagai isteri orang sejak tujuh bulan lalu tidak menjejaskan kelancaran kerjaya saya.

"Betul kata orang tua-tua, rezeki akan menjadi lebih murah selepas berkahwin dan perkara itu yang saya lalui sekarang," akui isteri kepada pengarah filem Yusry Abdul Halim ini.

Mengenai filem terbaru lakonannya berjudul Istanbul Aku Datang, Lisa berkata, pengalaman membintangi filem arahan Bernard Chauly itu mempunyai makna dan kesan tersendiri.

"Istanbul Aku Datang mungkin sebuah filem ringan dan romantik tetapi bukan tugas mudah sebenarnya untuk menggalas watak Dian. Watak utama itu mungkin ringkas dan tidak rumit tetapi cabarannya adalah pada cara menyampaikan lakonan agar ia dapat dirasai penonton.

"Pengalaman saya melalui latihan intensif sepanjang penggambaran dan penelitian yang ditekankan pengarah pada setiap aspek termasuk lakonan mengajar saya banyak perkara baru. Ia adalah kerjasama berpasukan yang terbaik yang pernah saya lalui," kongsinya.

Filem yang menjalani penggambaran pada Oktober tahun lalu di Istanbul, Turki itu turut menggandingkan Lisa dengan penyanyi Tomok dan Beto Kusyairi.

Ia bakal ditayangkan pada 8 November depan.

-mStar Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan