Nuffnang

Selasa, 11 September 2012

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


<b>Awi Rafael</b> Seronok Sambut Ramadhan Di Malaysia | MyNewsHub

Posted: 09 Aug 2012 09:44 PM PDT

KUALA LUMPUR – Penyanyi lelaki yang sebelum ini dihimpit kontroversi tangan dan badannya yang bertatu melahirkan rasa syukur kerana dapat merasai nikmatnya Ramadhan di Malaysia pada tahun ini.

Kata Awi Rafael, tahun ini merupakan pertama kali dia menyambut puasa di Malaysia.

Malah, kejayaannya menyambut Ramadhan tahun ini merupakan kemenangan buat dirinya selepas mengharungi cabaran pada Ramadhan sebelum-sebelum ini.

"Alhamdulillah dan rasa sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan selama  setahun Awi berada di Malaysia.

"Dengan segala pahit getir yang telah Awi lalui selama ini dan Awi dapat rasakan Ramadan kali ini merupakan satu kemenangan buat diri Awi," kata Awi yang dipetik dari laman Buahmulut.com.

Sebelum ini, Awi yang pernah menetap di negara Australia hanya berpeluang menyambut tibanya bulan suci ini berseorangan sahaja.

Pengalaman itu membuatkan Awi berasa sunyi kerana hanya berbuka puasa tanpa ditemani keluarga atau rakan-rakan.

"Awi teringat masa sambut Ramadan di Australia terasa perasaan tu sangat sepi tiap kali sambut puasa dan bila waktu berbuka lagi la terasa sunyi.

"Sebab masa tu Awi berkeseorang di sana dan itu memang pengalaman yang tak boleh Awi lupakan apabila tiba bulan Ramadan," katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Singer Awi Rafael In Serious Accident

Bertatu: Awi Rafael Mohon Maaf!

Insaf: Penjelasan Awi Rafael Tentang Tatu

Awi Rafael Buang Tatu Melalui Pengubatan Islam

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan