Nuffnang

Selasa, 11 September 2012

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


Vibes: Lagu <b>Aqasha</b>

Posted: 16 Aug 2012 02:26 AM PDT

Di suatu petang yang suram-suram keadaan persekitarannya, dari segi kedudukan matahari kalau dikira melalui hukum astronomi mungkin waktu itu kira-kira pukul 5 petang lebih. Seraya itu gua jeling ke muka jam. Pukul 6 suku. Perkiraan ilmu astronomi gua meleset sedikit kerana keadaan awan yang mendung. Ternyata gua belum lagi 'true' nak masuk peraduan macam dalam rancangan survivor yang dulu popular sekejap.
"Ada baiknya gua beredar mencari juadah berbuka sebarang dua ni"
Monolog hati gua ditengah laman rumah sambil tekan alarm kereta.
Dari simpang 4 besar yang tak jauh dari rumah, gua perhatikan saja gerak geri kereta yang melintas. Entah bila kerajaan Melaka nak pasang traffic light pun gua tak tau. Mengikut dari segi kedudukan geografinya simpang 4 itu dan dari segi penilaian ilmu kemanusiaan yang gua miliki, gua anggarkan yang gua kena lebih bersabar di simpang 4 itu. Sebabnya semua kereta jenis tak reti nak menyabor. Maklumlah.. takut air laici di bazaar habis barangkali. Gua steady dan memberi signal ke kanan lantas ke rumah Iskandar.
"Masuk le dulu. Is baru bangun tidur tu."
Kakak Iskandar yang bekerja di Dubai tu nampaknya dah balik bercuti. Tak berapa lama kelibat Iskandar dengan muka yang terkonyong-konyong muncul menyelak daun pintu dengan t-shirt putih berseluar Chelsea.
"Pegi bazaar kejap. Cari air katira"
Lalu gua dan Iskandar pun menyusuri jalan yang penuh dengan selekoh maut untuk ke bazaar Ramadhan bandar jasin melaka. Pakcik songkok, brader polis, awek motor ego, dan tak kurang juga makcik bawak mpv semuanya berlumba-lumba ke bazaar ramadhan. Ini mungkin kerana mereka berpuasa lebih ni. Gua hanya sempat berharap mereka selamat sampai ke destinasi sambil menghela nafas panjang.
"Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu,
Membisikkan aku cinta kamu"
"Ni radio kereta kau ni boleh cabut sekejap tak?"
"Aku nak hempas je radio ni. Nak bisik-bisik cinta sampai kena gigit cuping telinga ape kes oi?!"
Gua ketap bibir menahan haus yang ekstrem dan terbayang air katira dan Aqasha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan