Nuffnang

Khamis, 13 September 2012

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Gambar <b>Erra Fazira</b> di Rumah Terbuka Cube Film | Sensasi Selebriti

Posted: 05 Sep 2012 09:30 AM PDT

Gambar Erra Fazira di Rumah Terbuka Cube Film.

Pada jam 7 malam tadi telah berlangsung Rumah Terbuka Cube Film bergabung dengan artis dari Indigital Sdn Bhd. Maka meriahlah suasana dengan pelakon drama dan juga penyanyi. Antara yang hadir ialah Erra Fazira.

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

<b>Erra Fazira</b> Ralat, Tarik Diri Sebagai Tun Siti Hasmah – Perak Today

Posted: 04 Sep 2012 07:01 PM PDT

Pementasan teater Tun Siti Hasmah yang sepatutnya dijadualkan bermula pada 30 Ogos 2012 lalu mencetuskan tanda tanya di kalangan pihak media dan khalayak penonton. Apakah statusnya kerana setakat ini tiada sebarang promosi dilakukan pihak penganjur terhadap teater tersebut.

Malah, tunggak utamanya iaitu , Erra Fazira yang memegang watak sebagai Tun Dr Siti Hasmah pula telah mengumumkan untuk menarik diri daripada terlibat dalam pementasan tersebut. Ketika dihubungi portal murai.co.my, Erra Fazira nyata ralat serta turut menjelaskan situasi sebenar yang telah berlaku.

"Ya memang benar saya telah menarik diri daripada menjayakan teater Tun Siti Hasmah dan saya telah berbincang dengan produksi mengenai hal ini dan mereka maklum dengan situasi dan keadaan saya.

"Walaupun di hati saya terasa begitu ralat kerana tidak dapat membawakan watak salah seorang daripada idola yang saya sangat kagumi namun saya akur dengan situasi yang menuntut saya untuk menarik diri.

"Perkara ini disebabkan jadual saya yang telah disusun pada awalnya untuk memberi ruang kepada sesi latihan dan pementasan yang sepatutnya berakhir sehingga 10 September. Namun sehingga akhir ramadan tiada sebarang perkembangan mengenai latihan dan skrip untuk teater tersebut.

"Jadi saya sudah berbincang dengan Datin Paduka Umie Aida selaku penganjur dan dia juga sudah jelas mengenai komitmen saya yang lain kerana mengikut jadual sesi latihan sepatutnya sudah bermula dan tarikh pementasan pula sepatutnya akan bermula pada 30 Ogos ini,"jelasnya panjang lebar.

Ditanyakan mengenai hal penarikan dirinya ini seolah-olah mengikuti jejak langkah Adlin Aman Ramlie dan Zizan Nin, Erra menegaskan bahawa situasinya berbeza kerana dia memang menunggu saat untuk tampil sebagai Tun Dr Siti Hasmah.

"Kalau saya dapat menukar tarikh untuk disamakan dengan tarikh baru pementasan teater itu, mungkin saya akan mampu menjayakan watak tersebut, tetapi selepas 10 September saya akan berada di Singapura atas urusan lain.

"Semua orang juga sudah sedia maklum bahawa lokasi di Istana Budaya mempunyai protokol sendiri dan slot-slot yang telah ditetapkan tidak sewenang-wenangnya boleh ditukar untuk mengikut jadual para pelakon dan saya hormati perkara tersebut,"tambah aktres cantik ini lagi.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh wakil penganjur yang juga teman rapat Erra sendiri iaitu Umie Aida yang telah tampil membuat kenyataan.

-murai.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan