Gambit Saifullah - Google Blog Search |
Tirai HiduP PelaNgi Sepi: <b>Gambit Saifullah</b> artis penuh kontroversi <b>...</b> Posted: 29 Aug 2012 11:34 AM PDT KONTROVERSI demi kontroversi membelenggu sebaik melangkah ke dunia seni. Bermula dengan sikap dirinya yang dikatakan sombong dan bongkak, dia juga dianggap sebagai seorang artis yang bermulut lepas.Pun begitu puncak segala kontroversi .... mengenai diri sang pelakon bernama Gambit Saifullah ini tentunya perihal video klip penyanyi Prema Yin, Marilah yang diarahkannya yang dikatakan berunsur lucah sehingga menimbulkan kemarahan khalayak.Sejak tercetusnya isu panas itu kira-kira dua tahun lalu, pelbagai pihak mengecam pelakon tersebut hingga akhirnya nama Gambit itu sendiri lenyap dari dunia seni. Biar sudah memohon maaf atas keterlanjuran itu, empunya badan sendiri juga seakan-akan menyepikan diri dan kemudian 'hilang' dari arus seni. Tetapi hari ini, dia kembali. Kembali dengan semangat dan tekad baru. "Ya! Saya mahu berubah. Berubah ke arah yang lebih baik, sudah tentu," katanya kepada Hits lewat pertemuan dengan aktor muda itu baru-baru ini. Mungkin semakin matang mengharungi kehidupan sebagai anak seni, Gambit yang kini berusia 27 tahun merendah diri memberitahu dia berharap diterima peminat seada dan selayak dirinya. "Saya hanya mahu menjadi diri saya. Cuma saya tak tahu nak jadi macam mana? Bila saya terlalu berterus terang, orang kata saya lantang. Tapi kalau saya tak suarakan apa yang terbuku, akan memakan diri saya pula. "Saya tidak mahu jadi hipokrit," tegasnya. Mengakui mungkin sikap dirinya itu tidak boleh diterima sesetengah pihak namun dalam masa yang sama Gambit juga berusaha untuk memperbetulkan pelbagai persepsi negatif terhadap dirinya. "Jujur dan berterus terang. Itu adalah saya. Saya tak ada niat jahat. Bagi saya setiap orang ada tanggungjawab terhadap apa yang dilakukan," katanya. Sebab itu tegasnya, biar bergelar pelakon, dia tidak mengejar glamor dan kemasyhuran sebaliknya cuba memberikan yang terbaik untuk masyarakat, mahu berbuat sesuatu yang memberi impak kepada khalayak. Biarpun mengakui bahawa kedua-dua aspek itu perlu bagi seorang pelakon namun katanya, dia lebih mengimpikan kepuasan diri. "Kalau diberi pilihan, antara tawaran yang lumayan tetapi melakonkan perkara yang saya tidak suka, saya lebih rela bergaji rendah tetapi watak saya memberikan kepuasan kepada diri dan memberi impak kepada masyarakat," ujarnya. "Saya mahu orang melihat sisi baik saya. Malang sekali mereka melihat sebaliknya," kata Gambit atau nama sebenarnya Saifullah Rosli. Dia beranggapan mungkin dengan pelbagai isu panas yang mengaitkan dirinya, dia tidak menanganinya dengan berhemah menyebabkan banyak pihak yang salah faham. "Dulu saya mungkin rebel. Cakap direct. Malah saya akui ketika tercetusnya isu klip video itu adalah masa paling drastik dalam hidup saya. Ia kemuncak segala kontroversi yang melanda," katanya. Namun segala-galanya berubah selepas pulang dari mengerjakan umrah kira-kira dua tahun lepas. Katanya, banyak perkara yang diperoleh dalam pengembaraannya ke Tanah Suci itu. Malah dia menganggap ia satu perjalanan yang membuka hatinya kepada banyak perkara berkaitan kehidupan. "Perjalanan itu menyedarkan saya bahawa hidup kita bukan tentang materialistik semata-mata," katanya. Menegaskan bahawa dia seorang lelaki yang berpegang teguh pada prinsip, pengalaman yang dilalui sepanjang bergelar anak seni juga mematangkan diri. Dan pada ketika dia melalui saat-saat sukar dan keliru, ketika itulah juga tawaran berlakon datang mencurah-curah. "Saya kecewa, keliru dan gundah dengan segala kontroversi. Saya fikir, biar saya relaks dulu. Pada masa yang sama, saya pergi mengembara. Dari situ, saya kemudiannya menerbitkan program televisyen. "Saya beruntung dan bersyukur kerana bertemu dengan pasukan kerja yang betul yang membuatkan saya ingin terus berada dalam dunia ini. Mereka membuatkan saya kuat dan bersemangat," katanya. Kini lebih senang menumpukan perhatian kepada bidang penerbitan namun tegas Gambit, dia juga tidak melupakan bidang lakonan yang menjadi minatnya. "Saya mahu orang nampak apa yang saya buat dan dapat membawa masyarakat ke arah yang lebih baik tidak kira dari segi lakonan mahupun penerbitan," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Gambit Saifullah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan