Nuffnang

Khamis, 13 September 2012

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Sikap Panas Baran <b>Sharnaaz Ahmad</b> Terkawal - Gua.com.my

Posted: 06 Sep 2012 09:00 AM PDT

Pelakon kelahiran Pulau Pinang, Sharnaaz Ahmad yang terkenal dengan sikap panas baran mengakui sikap negatifnya itu semakin terkawal selepas bertemu dengan suami kepada penyanyi Noraniza Idris, Ustaz Jeffri Haji Hudi.

"Dari kecil saya memang seorang yang sangat panas baran, namun sekarang saya sudah mula berubah. Sejak bertemu dengan Uncle Jeff, sekitar tahun ini, dia banyak memberi nasihat kepada saya dan Alhamdulillah, sikap panas baran saya semakin terkawal.

"Uncle Jeff juga turut berpesan jika saya rasa marah, dia suruh saya pergi ambil wuduk," ujar Sharnaaz dalam masa sama turut mengakui sikap yang dimilikinya itu sedikit sebanyak membuka peluang lakonan kepada dirinya.

"Alhamdulillah, rezeki saya semakin bertambah. Tidak dinafikan, bila dianugerahkan sikap panas baran ini, ia turut mengubah kehidupan dan kerjaya saya di mana saya meraih lebih banyak tawaran lakonan yang memerlukan saya berperwatakan sama."

Antara drama dan telefilem yang menyaksikan Sharnaaz berperwatakan agresif dan panas baran ialah drama 'Bukan Bidadari', lakonannya bersama Nad Zainal dan telefilem 'Di Bawah Langitmu' lakonan bersama Nora Danish di TV3.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang kali terakhir terlibat dengan penggambaran filem Juvana kini bakal muncul dengan filem terbitan Grand Brilliance berjudul, 'Sembunyi' pada 22 November ini. Pada masa sama, Sharnaaz yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Filem-Filem GB, Rabu lalu turut meluahkan rasa kecewanya atas penukaran judul filem tersebut.

"Saya agak kecewa sebenarnya apabila judul filem ini ditukar. Bagi saya, tidak ada isu pun dengan nama Azazil. Saya faham ia satu isu yang sensitif kerana ia nama syaitan, tapi kita kenalah tengok filem itu dulu. Filem ini lain dari yang lain namun apapun, saya hormat dengan perkara ini."

Diusik mengenai perkembangan hubungan cintanya dengan penyanyi Shila Amzah dan mungkinkah mereka akan melangkah ke fasa seterusnya, Sharnaaz memberitahu, "Semuanya berjalan lancar dan saya mensasarkan tahun 2014 untuk berkahwin. Buat masa ini kami mahu fokus dengan kerjaya dulu. Saya bukan takut dengan komitmen tapi saya belum bersedia untuk hidup berkeluarga lagi."

<b>Sharnaaz Ahmad</b> Jumpa Suami Noraniza Idris Kerana Panas Baran <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2012 09:54 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu sering berjumpa dengan suami kepada penyanyi Noraniza Idris iaitu Jeffri Hudi untuk mendapatkan nasihat mengenai sikap panas baran yang dihadapinya.

Sharnaaz, 27, berkata, Jeffri sering memberikan tip berguna kepadanya dalam mengurangkan masalah itu.

"Kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh membuatkan saya marah dan saya sendiri hairan dengan perangai saya itu.

"Bagaimanapun selepas bertemu abang Jeffri saya mula berubah secara perlahan-lahan," katanya

Tambah Sharnaaz, dia kerap berjumpa dengan Jeffri kerana selesa berkawan dengannya yang juga seorang bilal dari Singapura.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut menggunakan medium lakonan sebagai medan untuk meluahkan rasa marah apabila sering diberikan watak antagonis oleh pengarah.

"Dulu saya tidak sedar sikap panas baran saya ini sebenarnya telah banyak memberi rezeki kepada saya kerana sering diberikan watak-watak jahat.

"Malah ia juga menjadi satu terapi kepada saya apabila dapat menghilangkan sikap buruk itu dalam bentuk lakonan," ujarnya.

Sementara itu, Sharnaaz menjelaskan kekasihnya iaitu Shila Amzah turut memainkan peranan bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi.

"Shila banyak memberikan sokongan kepada saya walaupun dia tahu saya memang seorang yang panas baran tetapi dia sentiasa berada di sisi saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz bakal muncul dengan filem terbaru berjudulSembunyi arahan Khabir Bhatia pada November depan.

<b>Sharnaaz Ahmad</b> Jumpa Jeffri Hudi Kerana Panas Baran

Posted: 06 Sep 2012 02:10 PM PDT

Sharnaaz Ahmad Jumpa Jeffri Hudi Kerana Panas Baran  :Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu bahawa dia sering berjumpa dengan suami kepada penyanyi Noraniza Idris iaitu Jeffri Hudi bagi mendapatkan nasihat tentang sikap panas baran yang dihadapinya.

Sharnaaz, 27, berkata, Jeffri sering memberikan tip yang berguna kepadanya dalam mengurangkan masalah tersebut.

"Kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh membuatkan saya marah dan saya sendiri hairan dengan perangai saya itu.

"Bagaimanapun setelah bertemu abang Jeffri saya mula berubah secara perlahan-lahan," katanya kepada.

Tambah Sharnaaz lagi, dia kerap berjumpa dengan Jeffri kerana selesa berkawan dengannya yang juga seorang bilal dari Singapura.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut menggunakan medium lakonan sebagai medan bagi meluahkan rasa marah apabila sering diberikan watak antagonis oleh pengarah.

"Dulu saya tidak sedar bahawa sikap panas baran saya ini sebenarnya telah banyak memberi rezeki kepada saya kerana sering diberikan watak-watak jahat.

"Malah ia telah menjadi satu terapi kepada saya apabila dapat menghilangkan sikap buruk itu dalam bentuk lakonan," ujarnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz menjelaskan kekasihnya iaitu Shila Amzah juga turut memainkan peranan untuk memastikan masalah tersebut dapat diatasi.

"Shila banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya walaupun dia tahu saya memang seorang yang panas baran tetapi dia sentiasa berada di sisi saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Sembunyi arahan Khabir Bhatia pada November depan. - Sharnaaz Ahmad Jumpa Jeffri Hudi Kerana Panas Baran

Connect Facebook

5.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan