Nuffnang

Khamis, 13 September 2012

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Wajah Muka Hadapan Majalah August Edisi Ogos 2012 <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2012 12:31 PM PDT

Remy Ishak Wajah Muka Hadapan Majalah August Edisi Ogos 2012

Jarang sebenarnya untuk kami paparkan selebriti lelaki yang menjadi penghias muka hadapan sesuatu majalah tetapi yang ini terlalu bagus untuk kami biarkan.

Remy Ishak yang kini boleh di'katakan secara tidak rasmi memegang status Hero Malaya muncul sebagai penghias muka hadapan majalah untuk lelaki, AUGUST edisi Ogos 2012.

Mengenakan persalinan mewah Gucci, tidak banyak perkara baru di'kongsikan Remy Ishak dalam keluaran majalah ini tetapi bagi beliau Ogos sesuatu yang bermakna.

Menurut kekasih Tiz Zaqyah ini, bulan Ogos 2012 merupakan sesuatu yang bermakna untuk beliau kali ini kerana filem baru lakonan beliau 29 Februari bakal muncul di'pawagam.

Atas sebab itu juga beliau tidak teragak agak untuk berkata ya apabila di'tawarkan untuk menjadi penghias kulit hadapan majalah August edisi terbaru ini.

Related Posts
Categories
Tag

<b>Remy Ishak</b>, Tiz Zaqyah Bakal Bercuti Ke Eropah?

Posted: 12 Sep 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 12 SEPT 2012: Nampaknya hubungan antara pelakon jelita Tiz Zaqyah dan Remy Ishak semakin akrab apabila mereka sama-sama bakal terbang ke Eropah pada Oktober ini selama lebih 20 hari.

Bukan sekadar ingin menghirup angin segar dan bercuti bersama, tetapi pasangan dua sejoli ini sekali lagi akan bergandingan dalam memegang watak kekasih untuk drama bersiri, Cinta Jangan Pergi sepanjang berada di sana.

Ditemui ketika majlis pengumuman duta baru May, disini sebentar tadi, Tiz Zaqyah berkata dia dan Remy Ishak sekali akan disatukan dalam drama bersiri romantik arahan Kabir Bhatia yang akan menjalani proses penggambaran lebih tiga bulan.

"Cinta Jangan Pergi adalah drama bersiri 26 episod yang menceritakan kisah percintaan antara Lea Soraya lakonan saya dan Khalil lakonan Remy Ishak yang sama-sama menuntut di London.

"Sesi penggambaran akan diadakan di beberapa bandaraya indah seperti London dan Paris yang memerlukan kami berada di sana lebih 20 hari. InsyaAllah kami akan bertolak sekitar 15 atau 18 Oktober ini," katanya kepada murai.com.my.

Jelas Tiz Zaqyah, berlainan dengan watak yang pernah dipegangnya sebelum ini, watak Lea Soraya memerlukan dia berambut pendek dan merupakan seorang wanita yang teratur dalam menguruskan kehidupannya.

Malah kata Tiz Zaqyah, dia amat berbesar hati kerana skrip drama berkenaan yang ditulis sendiri oleh Mira Mustaffa iaitu isteri kepada Kabir Bhatia, diilhamkan khusus buat dirinya.

"Setakat ini kami sudah memulakan beberapa babak penggambaran di sini yang seterusnya akan disambung di Eropah kelak. Kemudian penggambaran akan disambung semula di dalam negara. InsyaAllah," katanya.

Bukan mengejar populariti atau anugerah, kata Tiz Zaqyah drama berkenaan akan ditayangkan di TV9 apabila ianya siap sepenuhnya nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan