Nuffnang

Jumaat, 21 September 2012

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Serik Bicara Soal Kahwin.

Posted: 12 Sep 2012 09:41 PM PDT

alt

 

Spekulasi hubungan dingin pasangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia dilihat senyap seketika setelah perang mulut kedua-dua pihak yang membuat kenyataan bercanggah berkaitan status perkahwinan mereka.

 

Baru-baru ini Fizz Fairuz telah menjelaskan hubungan beliau bersama Almy Nadia masih baik dan tiada sebarang isu mahupun masalah berbangkit berlaku.

 

"Saya dengan Almy masih lagi berkawan dan tiada apa-apa masalah dengan dia. Kami masih lagi berhubung dan bertanya khabar antara satu sama lain" ujar Fizz Fairuz ketika disoal beberapa media Hiburan baru-baru ini.

 

Walaubagaimanapun Pelakon Drama Paling Popular (Kategori Lelaki) Anugerah Bintang Popular 2011 itu berkata beliau sudah serik untuk menjelaskan isu berkaitan perkahwinan. Isu tersebut telah mengganggu dirinya untuk fokus pada kerjaya dan beliau hanya berserah kepada jodoh yang ditentukan Ilahi.

 


alt

 

Beliau menambah, dalam usia yang baru sahaja 32 tahun, beliau tidak mahu terlalu fokus memikirkan soal rumah tangga yang dirancang bersama Almy  malah beliau sudah bersedia menerima sebarang takdir berkaitan status hubungannya bersama Almy Nadia.

 

"Saya tak nak pening-pening kepala, ada rezeki, ada jodoh kahwin, tak ada saya terima," ujarnya lagi.

 

Dalam pada itu, Fizz Fairuz bersama 2 pelakon terkenal Zizan Razak dan Remy Ishak bakal muncul dalam sebuah filem terbaru berjudul 'Hantu Kapcai' yang bakal ditayangkan pada 27 September 2012.

 

Fizz yang teruja dengan kemunculan filem tersebut mengakui sangat serasi berlakon bersama barisan aktor terkenal terutamanya pemegang watak utama kelahiran Raja Lawak musim Pertama Zizan Razak. [VIDEO DI SINI]

 

<b>Fizz Fairuz</b> Rancang Buka Hotel Di Jakarta, Masih Komited Untuk <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 04:59 PM PDT

Fizz Fairuz Rancang Buka Hotel Di Jakarta, Masih Komited Untuk Kahwin

Kalau anda perasan, dalam beberapa temubual bersama pihak media akhir akhir ini Fizz Fairuz banyak berbicara tentang perancangan masa hadapan. Itu bagus.

Jika sebelum ini Fizz Fairuz berkata beliau telah melabur dalam beberapa hartanah untuk simpanan hari tua, pelakon ini ada perancangan baru lebih gah kami kira.

Ketika di'temui di sidang media filem Hantu Kapcai, Fizz Fairuz berkata beliau kini dalam peringkat awal perancangan untuk membina sebuah hotel di Jakarta, Indonesia.

Menurut Fizz Fairuz, hotel yang akan di'bina itu bakal bertaraf lima bintang & ia'nya satu perniagaan yang di'kongsi bersama rakan beliau. Tidak mampu seorang kata'nya.

Di'tanya berkaitan hubungan beliau bersama Almy Nadia, Fizz Fairuz berkata mereka masih berhubung sehingga ke hari ini tetapi sebenarnya belum sedia untuk berkahwin.

"Saya rasa saya sudah ada komitmen untuk berkahwin tetapi buat masa sekarang saya tidak mahu memaksa mana mana pihak dalam hal ini," kata Fizz Fairuz, semalam.

Related Posts
Categories
Tag

Tiada ulasan:

Catat Ulasan