Nuffnang

Jumaat, 21 September 2012

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


<b>Saiful Apek</b> Bebas Daripada Tuduhan Dadah |

Posted: 25 Jun 2012 01:39 AM PDT

Akhirnya setelah sekian lama, Apek dan 3 orang rakannya hari ini dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri di dalam kes penggunaan dadah jenis kanabis dua tahun yang lalu. Keputusan ini diambil selepas hakim Mahkamah Majistret Petaling Jaya mendapati terdapat percanggahan terhadap bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa.
saiful apek

Ini adalah satu berita gembira buat Apek, keluarga dan semua peminatnya kerana boleh dikatakan kes ini telah menjatuhkan nama baik Apek. Berikut ialah penjelasan daripada hakim yang terlibat di dalam kes ini.

Kelewatan ujian air kencing yang dilakukan dan percanggahan tarikh spesimen itu diambil selain beberapa faktor lain seperti kewujudan dua borang permohonan untuk melakukan ujian saringan dadah dan kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti lain telah menjadikan kes ini lemah.

Semoga dengan keputusan ini, nama Apek akan kembali bersih dan Apek akan kembali aktif untuk berlawak semula. Tahniah kepada Apek atas keputusan ini.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan