Nuffnang

Khamis, 4 Oktober 2012

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


<b>Aaron Aziz</b> Ingin Jadi Pelawak? | OHBULAN!

Posted: 30 Sep 2012 05:00 PM PDT

Aaron Aziz merupakan nama yang tidak asing lagi di arena seni tanah air. Sebelum ini Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 36 sering memainkan watak yang serius dan romantik hingga menjadi kegilaan ramai peminat wanita di luar sana.

Akan tetapi, terbaru aktor tampan ini telah memilih watak yang berbeza berbanding sebelumnya. Di mana untuk filem "Ngorat" arahan Prof Madya A Razak Mohaideen, Aaron telah memainkan watak komedi dan ia amat bertentangan dengan karakter dirinya yang sebenar.

Menurut Aaron, peluang yang diberikan oleh Prof Madya A Razak ini diterima dengan baik kerana dia ingin mencuba sesuatu yang baru dalam karakter lakonannya.

"Saya terima watak ini kerana ia adalah peluang yang baik untuk saya mainkan pelbagai karakter. Saya tak kisah dan ingin mencuba watak yang tak pernah saya lakonkan," ujar Aaron Aziz kepada pihak media sewaktu ditemui selepas tayangan previu filem tersebut di Mutiara Damansara, petang Jumaat lalu.

Pada masa yang sama,aktor tersebut turut akui untuk filem lakonannya kali ini dia lebih memilih jalan selamat, dengan hanya mengikut segala skrip yang dibekalkan dan mengikut arahan pengarah filem tersebut tanpa membuat sebarang perubahan.

"Untuk filem ini saya cuba memilih jalan selamat. Saya ikut segala skrip dan panduan yang diberikan oleh Prof Razak kerana saya tak nak terlalu over. Saya pun tak berani nak pandai-pandai ubah skrip kerana takut jadi lain pula nanti," ujar Aaron Aziz sambil tergelak.

Memandangkan ini adalah watak komedi pertama bagi Aaron, jadi aktor kacak tersebut tidak mahu penonton menganggap dirinya ingin bertukar profesion kearah pelawak pula selepas ini. Bagi Aaron, watak komedi yang dimainkan olehnya adalah sekadar ingin menghiburkan penonton dan ingin menampilkan sesuatu yang berbeza dalam karier lakonannya.

Merujuk perkembangan terbaru, Aaron difahamkan sedang terlibat dalam penggambaran filem "Lari" arahan Ahmad Idham di Perlis dan aktor ini juga bakal terbang ke Capetown, Afrika Selatan pada minggu hadapan bagi mengacarakan program realiti TV, "Fear Factor Selebriti Malaysia" untuk tayangan Astro.

:: MYARTIS.COM ::: 3 GAMBAR - BULAN SEDIH <b>AARON AZIZ</b>

Posted: 02 Sep 2012 12:00 AM PDT

"Ya Allah. Lindungilah anakku ini dari segala kecelakaan. Ku sanggup lakukan apa saja," demikian doa Aaron Aziz demi kesihatan anaknya.

Dan nak dijadikan cerita, selepas anaknya sedikit sembuh... Aaron pula mendapat kecederaan lengan akibat siput ketika penggambaran filem. Boleh dikatakan, bulan ini merupakan bulan kecederaan bagi keluarga Aaron. Heh.

Klik untuk imej besar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan