Nuffnang

Khamis, 4 Oktober 2012

Atilia - Google Blog Search

Atilia - Google Blog Search


Detik Istimewa Salamiah Hassan, <b>Atilia</b>

Posted: 04 Sep 2012 05:00 AM PDT

muzik | Pentas

Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 4 SEPTEMBER 2012: Seperti yang dijanjikan, Konsert Amal We Care- Be Strong telah berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya malam semalam bagi membantu serta menghargai golongan ibu tunggal di negara ini.

Malah apa yang lebih utama, konsert anjuran produk penjagaan kesihatan, Himalaya itu telah memberi makna cukup mendalam buat penyanyi anak-beranak, Salamiah Hassan dan Atilia Haron kerana pertama kali digandingkan bersama di atas pentas persembahan berskala besar.

Kepada peminat setia Salamiah Hassan, inilah peluangnya untuk melihat kredibiliti serta keupayaan penyanyi berusia 61 tahun berkenaan menyanyi yang nyata masih hebat dan mempu berdiri sama tinggi dengan anaknya itu.

Jika Atilia tampil hebat dengan 10 senarai lagu seperti Ranjau, Indah, Kekanda Adinda dan Harus Bagaimana, Salamiah Hassan juga tidak mahu mengalah dengan 10 lagu terhebatnya seperti Menghitung Hari, Gelombang, termasuk lagu Melayu Asli, Patah Hati dan Surat Terakhir.

Atilia berkata konsert berkenaan merupakan detik paling bermakna lagi istimewa dalam hidupnya kerana dapat merealisasikan impiannya untuk bergandingan bersama ibu tersayang dihadapan hampir 400 penonton.

"Memang inilah salah satu impian dalam hidup saya iaitu beraksi bersama Mama (nama panggilan buat ibunya) yang selama ini telah menjadi sumber inspirasi dalam hidup saya dari awal sehingga hari bergelar penyanyi.

"Maklum sajalah dalam usianya yang semakin meningkat, kita tidak boleh meramalkan apa yang bakal terjadi. Jadi, selagi dia masih sihat dan mampu menyanyi, saya teringin sangat berduet bersamanya dan Alhamdulillah nampaknya cita-cita saya itu terlaksana.

"InsyaAllah selepas ini, kami akan bergandingan pula dalam sebuah lagu baru yang dicipta khusus buat kami berdua," katanya yang tidak sabar melihat rakaman video sepanjang berlangsungnya konsert amal berkenaan.

Paduan suara Atilia dan Salamiah Hassan menyerikan dewan ballroom hotel dengan dua lagu iaitu Wanita dan Music yang sering menjadi siulan anak-beranak itu di mana saja mereka berada.

Pemilihan lagu Wanita bertepatan sekali dengan acara pada malam berkenaan bagi meraikan golongan ibu tunggal, manakala Music sebagai sumber impirasi buat mereka berdua yang sama-sama bergelumang dalam dunia nyanyian.

Meskipun ianya bukanlah konsert besar-besaran seperti di dalam stadium atau panggung gah, namun tambah Atilia masih terselit perasaan bangga dan syukur kerana dapat menghiburkan tetamu yang datang dengan seleksi lagu terbaik mereka.

"Walaupun tidak ada logo yang besar atau menggunakan pendekatan seperti pemberian cek sumbangan di atas pentas, tapi saya percaya mesej kami dalam membantu golongan ibu tunggal dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesusahan golongan ini, tercapai.

"Apa yang pasti, sama ada saya dan Mama, kami masing-masing telah melakukan yang terbaik dan membuatkan tetamu terhibur.

"Saya juga berpuas hati, mereka yang datang pada malam itu telah membeli tiket masing-masing. Di mana hasilnnya akan disumbangkan bagi tujuan amal. Itu yang membuatkan saya dan Mama sangat berpuas hati," jelasnya.

Turut mengambil bahagian, abang kepada Salamiah Hassan iaitu Ahmad Sharif yang memimpini sepanjang persembahan dengan petikan piano indah lagi mempersona.

Konsert amal berkenaan turut diserikan dengan kemunculan Datuk Yusni Hamid, produser sensasi Raja Azmi dan tidak ketinggalan barisan selebriti yang mengambil bahagian antaranya, Yasmin Hani, Daphne Iking, Linora dan Yasmin Yusoff.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan