Nuffnang

Sabtu, 20 Oktober 2012

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


<b>Arja Lee</b> Mahu Kembali Aktif Selepas Dapat Ijazah - Halaman <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2012 08:32 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Arja Lee yang baru sahaja menerima segulung ijazah pada Jumaat lalu mengakui sudah tidak sabar untuk kembali aktif selepas setahun memberi tumpuan kepada pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM).
Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 29, berkata, dia berazam untuk membina semula nama dan kerjayanya yang terumbang-ambing sebelum ini kerana mengikuti kursus Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan) di universiti terbabit.
"Kira-kira setahun juga saya tidak aktif demi menumpukan perhatian untuk mendapatkan segulung ijazah. Alhamdulillah, kini ia sudah berada dalam genggaman dan tibalah masanya saya bergiat aktif semula dalam lakonan.
"Saya percaya masyarakat belum melupakan siapa Arja Lee lagi. Saya mahu bekerja keras untuk mencari peluang lakonan bagi mengukuhkan semula jenama saya yang 'sepi' sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Selasa.
Pada istiadat konvokesyen ke-46 USM, Jumaat lalu, Arja merupakan salah seorang daripada 534 orang penerima ijazah. Turut menerima penganugerahan ijazah adalah komposer terkenal Azmeer dalam bidang Seni Muzik.
Aktor yang popular menerusi filem ... Dalam Botol ini berkata, dalam usahanya untuk mencari tawaran lakonan dia enggan terlalu memikirkan soal persaingan yang kian sengit di kalangan pelakon lelaki tanah air.
"Saya tidak mahu memikirkan mengenai persaingan di kalangan aktor-aktor yang sedia ada. Bagi saya, setiap orang ada peluang masing-masing jika rajin dan ikhlas bekerja.
"Matlamat saya sekarang adalah untuk menguar-uarkan kepada semua bahawa saya sudah kembali dan mahu komited dalam bidang ini," katanya yang turut menguruskan restoran milik keluarganya di Rawang, dekat sini.
Terbaru, Arja baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri 25 episod berjudul Saiful Nita yang kini ditayangkan dalam slot Samarinda pada setiap Selasa hingga Khamis, pada pukul 10.30 malam di TV3.
Selain itu, dia turut membintangi drama 13 episod berjudul Syukur Allah untuk TV AlHijrah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan