Nuffnang

Sabtu, 20 Oktober 2012

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>Farid Kamil</b> Nafi PE3 Ada Unsur Pekida | MyNewsHub

Posted: 20 Oct 2012 01:08 AM PDT

KUALA LUMPUR – Pelakon lelaki dan pengarah muda, Farid Kamil menafikan sekeras-kerasnya filem arahannya berjudul 'PE3' mempunyai unsur-unsur sebuah Persatuan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia iaitu Pekida.

Tanggapan itu timbul selepas ramai yang menganggap trailer file tersebut banyak mengandungi unsur persatuan tersebut.

Malah, logo filem tersebut juga mempunyai warna yang sama iaitu warna hijau, kuning dan merah sama seperti logo Pekida.

Menerusi portal Buahmulut.com, Farid menjelaskan filem itu hanyalah berunsurkan cara-cara seorang perompak yang merancang rompakan terbesar dalam masa yang ditetapkan.

"Sudah sekian lama saya diasak dengan pelbagai persoalan apakah sebenarnya PE3 ini. Adakah ianya berkaitan dengan sebuah persatuan?

"Apa yang saya boleh terangkan PE3 ini maksudnya adalah salah satu pelan rompakan yang ketiga di dalam filem tersebut. Dan ianya disebut sebagai PE3," kata Farid.

Untuk menjelaskan kepada umum mengenai logo filem itu, Farid mengakui ramai pihak yang mempersoalkan makna dan kewajarannya menggunakan warna yang sama.

Pun begitu, Farid berkata, logo itu hanyalah ilham ciptaannya sendiri dan menggunakan warna asas iaitu kuning, merah dan hijau.

"Ramai juga yang mempersoalkan tentang warna yang terdapat dalam logo PE3 ini. Kata mereka sama dengan warna logo sebuah persatuan. Bagi saya itu tidak betul," katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan