Nuffnang

Sabtu, 20 Oktober 2012

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Ajak Peminat Bercuti | OHBULAN!

Posted: 18 Oct 2012 10:21 PM PDT

Bermula Disember depan, 12 destinasi terpilih bakal dikunjungi pelakon dan pelawak Didie Alias antaranya Korea, Istanbul, Hong Kong dan sebagainya. Program percutian "Jom Melancong Bersama Didie Alias" itu akan disertai 12 artis yang berpotensi dalam menghiburkan para peminat.

Fadzilah Mohd Ali, 39, atau lebih dikenali sebagai Didie telah memilih beberapa rakan artis untuk turut serta dalam percutian itu, antaranya Sharifah Shahora, Scha Al Yahya, Johan Asa'ri, Enot, Along (Raja Lawak), Awal Ashaari, Elfira Loy, Black, Mawi dan lain-lain lagi berdasarkan keintiman mereka dengan peminta-peminatnya.

"Percutian ini sedikit sebanyak memberi saya peluang untuk meluangkan masa bersama anak-anak, suami dan peminat. Dengan faktor usia yang semakin meningkat, tawaran percutian sebegini sedikit sebanyak memberikan saya peluang istirehat yang cukup"

Didie yang merupakan duta program pelancongan anjuran Arlief Event & Management (AEM) itu berkata, program percutian ini adalah sebuah program kerjasama antara pihak artis dan Arlief Event & Management (AEM). Segala idea yang dicurahkan oleh Didie, akan dikombinasikan dan diguna pakai oleh pihak Arlief . Kerjasama antara mereka membuahkan hasil apabila pihak Arlief turut mempelbagaikan aktiviti semasa percutian itu berlangsung kelak.

"Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk mewakili para artis dalam program percutian yang dianjurkan oleh pihak Arelif. Peluang ini saya akan gunakan sebaik mungkin untuk membawa para artis yang bertenaga dalam menghiburkan para peminatnya", ujarnya ketika ditemubual di Menara KL di sini, petang Khamis.

Jom Melancong Bersama <b>Didie Alias</b> & The Geng | Sensasi Selebriti

Posted: 19 Oct 2012 06:21 PM PDT

12 Artis Ikut Didie Alias Makan Angin

Pada hari Khamis lalu, jam 3 petang, satu sidang media pelantikan Didie Alias sebagai duta program Jom Melancong Bersama Didie Alias anjuran AEM telah diadakan untuk mengumumkan program percutian Jom Melancong Bersama Didie Alias di Menara KL.

Didie bakal membawa 12 rakan artis yang rapat dengannya untuk menceriakan program percutian Jom Melancong Bersama Didie Alias bermula Disember depan.

Pelakon dan pelawak Didie Alias akan membawa 12 rakan artis yang ceria, bertenaga dan peramah mengikuti program Jom Melancong Bersama Didie Alias ke 12 destinasi percutian terpilih bermula Disember depan.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 39, berkata, pemilihan rakan artis antaranya Erra Fazira, Sharifah Shahora, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Elfira Loy, Black, Mawi, Johan Asa'ri, Enot, Along (Raja Lawak) dan Dafi itu adalah berdasarkan keserasian dan hubungan rapat mereka dengannya.

Didie yang dilantik sebagai duta program pelancongan anjuran Arlief Event & Management (AEM) itu berkata, kehadiran seorang atau dua artis yang mengikutinya pada sesebuah destinasi mampu memeriahkan program itu selain memberikan kelainan daripada program-program percutian lain.

"Saya bersyukur kerana peluang dan kepercayaan diberikan AEM untuk menjadi wakil program pelancongan mereka yang akan bermula pada hujung tahun ini. Memandangkan, penganjur turut memberikan peluang untuk membawa rakan artis lain, jadi saya memang pilih rakan-rakan artis yang rapat dan saya kenali mengenai sikap mereka.

"Mungkin pada setiap destinasi nanti, saya akan membawa seorang atau dua artis untuk turut serta bagi memeriahkan program itu."

Didie memeterai perjanjian persefahaman sebagai duta program itu bersama pengasas Arlief Event & Management, Muhamad Alif Haziq Azman di Menara KL di sini, petang Khamis.

Program pelancongan terbabit menawarkan 12 lokasi percutian di dalam dan luar negara antaranya Pulau Perhentian, Terengganu, Pulau Langkawi, Kedah, Beijing, China, Kaherah, Mesir dan Seoul, Korea Selatan.

Ia bakal bermula pada Disember depan menerusi percutian pertama atas kapal peranginan ke Phuket dan Krabi, Thailand.

Didie Alias

Didie dijangka membawa Black dan Enot untuk menyertai program pertama itu.

Mengenai pemilihannya pada program percutian tersebut Didie berkata, ia adalah tawaran yang tidak mampu ditolak kerana dia sememangnya gemar melancong bersama keluarga tetapi jarang mempunyai waktu terluang untuk merancang percutian.

"Kebetulan, saya seorang yang suka melancong tetapi jarang mempunyai waktu terluang yang panjang untuk bercuti bersama anak-anak dan suami.

"Pelantikan ini adalah peluang keemasan untuk saya membawa keluarga sambil saya bekerja menceriakan para peserta program," katanya.

Dalam pada itu, pengasas AEM, Muhamad Alif Haziq Azman berkata, Didie yang merupakan kenalan lama ibunya adalah seorang artis yang peramah, ceria dan aktif.
Sebahagian artis yang bakal mengikuti Didie antaranya Johan Asa'ri, Elfira Loy, Dafi dan Along (Raja Lawak).

Beritahunya, karakter itu akan menimbulkan suasana ceria kepada para peserta ketika delegasi melawat tempat-tempat menarik dan melakukan pelbagai aktiviti bersama.

"Sebelum ini, kita sudah membawa Awie (Wings) bercuti bersama peserta di Beijing dan Mongolia. Pada kali ini, kita melihat Didie sebagai calon paling tepat untuk program percutian terbaharu kami," katanya.

Selepas percutian atas kapal peranginan, Didie akan menyertai percutian selama 6 hari 5 malam itu ke Beijing, China pada 25 hingga 30 Januari depan dan diikuti Kaherah, Mesir pada 21 hingga 26 Februari 2013.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan aktiviti, layari www.arlief.com atau hubungi 03-61428072.

Didie Alias

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan