Scha Alyahya - Google Blog Search |
<b>scha</b>-<b>alyahya</b>-nafi-mencuri-di-butik-hm-cabar-penyebar-fitnah - Budiey Posted: 18 Oct 2012 06:27 PM PDT Semasa Pelancaran Trailer Awan Dania The Movie yang diadakan di Cafe Barbera, Skypark Subang, Subang Airport, Subang semalam, pelakon Scha Alyahya diterjah dengan soalan tentang gossip yang dikaitkan dengan dirinya. Walaupun pada mulanya Scha Alyahya enggan memberikan sebarang komen tentang gossip yang mengatakan Scha Alyahya telah mencuri baju di Butik H&M, Bukit Bintang berjumlah RM2,000 semasa Pelancaran Grand Opening H&M baru-baru ini, namun akhirnya Scha Alyahya telah buka mulut untuk membersihkan namanya dan suaminya Awal Ashaari yang tercalar. Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya semasa hadir di Majlis Pelancaran Butik H&M, klik SINI Kelihatan Scha Alyahya agak stress, tegang dan agak berang dengan gossip yang menfitnah dirinya. Seperti memendam perasaan geram semasa soalan tentang gosip ini diajukan, Scha Alyahya menjelaskan, dia masih mampu memiliki apa yang diingini, bukan dengan cara mencuri seperti tuduhan yang dilemparkan kepada kepadanya.
Pada September lalu, timbul gosip mengenai seorang pelakon terkenal yang dijemput menghadiri majlis pembukaan sebuah gedung pakaian telah mencuri beberapa helai pakaian yang bernilai RM2,000. Selepas pelbagai spekulasi timbul, pasangan suami isteri itu dituduh mempunyai kaitan dengan gosip tersebut. Mereka dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai milik mereka. Walaupun Scha diarahkan pihak pengurusan butik terbabit agar tak mengeluarkan sebarang komen, namun Scha terpaksa juga memberikan penjelasan kerana tohmahan sedemikian dianggap melampau dan merosakkan reputasi dirinya sebagai selebriti dan artis. Tambah Scha dia telah berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar.
Menurut Scha lagi:
Scha akui beliau sangat tertekan kerana dituduh dan kerana tak tahan dengan gosip ini, Scha telah mengambil keputusan untuk bertemu dengan pihak pengurusan gedung terbabit. Dia dimaklumkan tiada sebarang kejadian kecurian berlaku. Malah, pihak gedung juga tak mengambil sebarang tindakan berhubung isu itu kerana dirasakan tiada kehilangan yang dilaporkan.
Scha kini sibuk menguruskan pembukaan butik pakaiannya sendiri iaitu Schapoholic di pusat membeli belah Wangsa Maju yang menjual pakaian dan aksesori wanita juga kasut lelaki dari Korea, Indonesia dan Thailand. Sumber: Berita Harian Siapa agaknya yang sebar fitnah ni ya? Kalau tak silap ada blog yang sebarkan… kesian Scha, sampai demam dan jatuh sakit dibuatnya. Budiey harap Scha Alyahya bersabar dengan dugaan seperti ini ya. Tags: Artis Difitnah, Awan Dania The Movie, berita harian, bukit bintang, Butik H&M, Gossip Scha Alyahya, Pelakon Scha Alyahya, Scha dapat anak, Scha Dituduh MencuriClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Scha Alyahya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan