Eira Syazira - Google Blog Search |
<b>Eira Syazira</b> Dah Tak Sabar Nak Jumpa Anak - Gua.com.my Posted: 29 Oct 2012 09:05 AM PDT "Masuk bulan ke tujuh kehamilan ini, saya rasa sudah tidak sabar-sabar hendak jumpa dengan baby. Kalau mula-mula dulu saya rasa takut dan berdebar-debar kerana bimbang dengan kesakitan yang bakal dialami. Tapi apabila tarikh bersalin semakin dekat, rasa takut itu semakin menghilang. Saya sudah bersedia untuk untuk bergelar ibu. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah. Saya pun ada amalkan beberapa amalan tradisional seperti selusuh untuk permudahkan kelahiran nanti," ujar Eira yang ditemui baru-baru ini. Dalam masa yang sama, Eira juga berkongsi cerita tentang kenaikan berat badannya yang mencecah sehingga 70 kilogram daripada 45 kilogram. Jelas Eira, doktor sudah menasihatkannya supaya menurunkan berat badan kerana bimbang boleh menjejaskan proses bersalin nanti. "Saya makan tidak banyak mana pun, tetapi berat badan saya naik dengan mendadak. Ada orang kata saya gemuk air. Tapi tak tahulah betul ke tidak. Dengan berat badan sekarang ini, saya memang cepat penat. Tidak boleh bergerak aktif macam dulu. Selain itu, saya juga sedang hadapi masalah sukar tidur di sebelah malam sebab baby sudah semakin besar. Jadi dia sangat aktif bergerak. Hendak ambil ubat tidur memang tidak boleh, jadi terpaksalah hadapi kerenah baby ini. Ini antara cabaran atau pahit-manis yang harus saya hadapi ketika hamil. Mujurlah saya tidak alami alahan yang teruk," ujar Eira lagi. Ditanya sama ada akan bercuti lama atau tidak selepas bersalin nanti, isteri kepada pelakon Azad Jazmin ini memberitahu dia masih tidak pasti dengan jadual lakonannya. Ini kerana sudah ada produksi yang membuat tawaran berlakon kepadanya. "Cuti lama atau tidak, saya pun belum pasti lagi sebab sudah ada produksi yang buat tawaran. Mereka mahu saya berlakon sebaik sahaja saya habis berpantang. Tapi, tengoklah macamana nanti. Kalau saya mampu turunkan berat badan dengan masa yang singkat, mungkin saya akan terima tawaran itu. Kalau tidak, kenalah bercuti lama sedikit," ujar Eira yang dijangka bersalin pada penghujung tahun ini. |
You are subscribed to email updates from Eira Syazira - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan