Fida Ibrahim - Google Blog Search |
<b>Fida Ibrahim</b> Dan Zalif Sidek Kini Bercinta?? Posted: 29 Oct 2012 08:02 PM PDT Pelakon Rafidah Ibrahim atau Fida mengakui kini sedang berkawan rapat dengan pelakon komedi Zalif Sidek selepas hubungannya dengan pelawak Mamat Sepah dan seorang usahawan bergelar 'S' menemui kegagalan. Menurut Fida, dia mulai rapat dengan Zalif atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, sejak dua bulan lalu kerana kesungguhan lelaki itu yang mahu mengenalinya dengan lebih dekat. "Kami baru berkawan rapat dan belum ke tahap bercinta. Rasanya tak salah kalau saya bagi peluang kepada dia (Zalif). Lagi pun, masing-masing masih solo. "Dia seorang lelaki yang budiman. Saya suka dengan keberanian dan keikhlasannya mahu mengenali saya dengan lebih mendalam," katanya . Mengenai keintimannya dengan Zalif yang juga seorang pelakon komedi, Fida berkata, dia mudah tertarik dengan lelaki yang gemar berjenaka dan periang. "Mungkin secara kebetulan sahaja Zalif dan Mamat adalah pelakon komedi. Hakikatnya, saya memang mudah tertarik dengan lelaki yang suka berjenaka dan periang. "Kalau saya tertekan dengan kerja, Zalif pandai membuat saya ketawa. Dia membuatkan saya berasa selesa apabila kami berjumpa," kongsinya. Diusik mengenai desas-desus hubungannya dengan seorang VIP sebelum ini, Fida berkata, mereka semakin renggang kerana perbezaan status dan kesibukan kerja masing-masing. "Susah untuk kami rapat kerana status dan kedudukannya. Apabila gosip-gosip itu timbul sebelum ini, ia menyulitkan keadaan. "Kalau saya, mungkin tak ada masalah hendak tangani gosip kerana saya bekerja dalam bidang ini tetapi untuk dia, keadaan itu tidak sesuai untuknya," luahnya. Dalam perkembangan lain, Fida berkata, dia baru sahaja menyiapkan klip video lagu versi baru Apo Kono Eh Jang yang menampilkan Datuk AC Mizal dan Stellar. "Klip video lagu itu akan dimuat naik di laman YouTube dalam masa terdekat. Saya harap ia akan diterima baik kerana ada beberapa kejutan dalam video itu nanti," tuturnya. VN:F [1.9.20_1166] VN:F [1.9.20_1166] ENTRY BERKAITAN:
|
Kisah Cinta VIP Tamat & <b>Fida Ibrahim</b> Kini Kawan Rapat Dengan <b>...</b> Posted: 29 Oct 2012 08:48 AM PDT Kisah Cinta VIP Tamat & Fida Ibrahim Kini Kawan Rapat Dengan Zalif SidekPerkembangan menarik tentang Fida Ibrahim yang seakan lama menyepi selepas kontroversi bersama Mamat Sepah tidak berapa lama dahulu. Masih ingat lagi semua? Bagus. Selepas tamat kisah cinta bersama Mamat Sepah, Fida Ibrahim ada menyatakan yang beliau sedang mengenali hati budi akan seseorang dari sebelah utara & hubungan seakan serius. Namun, kenyataan terbaru Fida Ibrahim kepada mStar Online hari ini mengesahkan hubungan beliau bersama VIP dari utara itu semakin renggang kerana status dan juga keadaan. Berita gembiranya, Fida Ibrahim mengaku sedang berkawan rapat dengan pelakon Zalif Sidek sejak dua bulan lalu setelah melihat kesungguhan jejaka itu untuk berkenalan. Aww. "Kami baru kawan rapat & belum ke tahap bercinta. Rasanya tak salah kalau saya bagi peluang kepada dia. Lagipun, masing masing masih solo," jelas Fida Ibrahim. Semoga ada sesuatu antara mereka berdua ini kelak. Eh. |
You are subscribed to email updates from Fida Ibrahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan