Nuffnang

Isnin, 29 Oktober 2012

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


<b>Misha Omar</b> Harap Dapat Kahwin Tahun Depan | OHBULAN!

Posted: 21 Oct 2012 09:49 PM PDT

Lama juga rasanya tak mendengar khabar berita dari Misha Omar, kan? Kali terakhir kalau tak silap OHBULAN! ialah pada bulan Februari yang lepas ketika penyanyi popular ini bertunang dengan seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Namun, timbul beberapa spekulasi mengatakan hubungan Misha Omar dan tunangnya mengalami masalah. Misha Omar ketika ditemui di majlis pelancaran tema Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Hotel Royale Bintang, Curve, telah menjelaskan bahawa faktor kerjaya menyebabkan sedikit kelewatan untuk mereka melangsungkan majlis perkahwinan.

"Saya sangat memahami kerjaya dia sebagai seorang juruterbang. Saya redha dan setia menunggu," ujar Misha, 30.

Ditanya samada dia sudah buat persiapan ataupun belum, Misha menjawab, "Persiapan belum lagi, tarikh pun masih belum ditetapkan. Doakan saya dapat berkahwin dengannya pada tahun hadapan ya."

Dalam pada itu, Misha memberitahu, walaupun dia sudah lama tidak muncul didada-dada media, namun dia masih lagi menyanyi seperti biasa.

"Sebenarnya saya masih ada dan tak berhenti menyanyi. Saya masih menyanyi macam biasa diacara tertutup dan memang sukar untuk bertemu dengan peminat," jelas Misha Omar.

Misha turut menjelaskan bahawa dia sudahpun melancarkan singlenya yang baru, namun tidak mendapat respon yang positif dari peminat.

"Single yang berjudul 'Angin Syurga' sudahpun dimainkan di corong-corong radio, di laman Youtube pun ada. Mungkin belum nasib saya, single tu masih tak dapat perhatian."

Misha kini sedang dalam proses menyiapkan albumnya yang keempat dan dijangka akan dilancarkan sekitar awal tahun 2013.

Mari layan 'Angin Syurga' oleh Misha Omar lepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan