Nuffnang

Isnin, 29 Oktober 2012

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


<b>Tomok</b> Puas Hati Dengan Istanbul Aku Datang - Gua.com.my

Posted: 26 Oct 2012 06:35 PM PDT

Walaupun nasib tidak menyebelahi Tomok menerusi filem Mantra namun tidak dinafikan lakonannya dalam filem tersebut agak memberangsangkan. Percubaan kali kedua Tomok bagi filem Istanbul Aku Datang agak berlainan kerana dia membawakan watak seorang yang romantik.

Tomok tidak menafikan yang dia agak gementar ketika diberitahu untuk digandingan dengan Lisa Surihani sebagai pasangan. Mungkin kerana menganggap dirinya sebagai salah pendatang baru, dia memerlukan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Namun Tomok dilihat berjaya melaksanakan tanggungjawab memegang watak romantik dalam filem tersebut. Tomok juga mengakui yang dia berpuas hati dengan lakonan sendiri kerana merasakan yang dia mencuba yang terbaik.

Menjawab pertanyaan wartawan mengenai reaksi isterinya terhadap adegan romantiknya dengan Lisa, Tomok menjawab yang dia telah berbincang dan menjelaskan kepada isterinya apabila menerima skrip untuk filem tersebut.

"Isteri saya memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon dan penyanyi namun itu tidak bermaksud yang saya boleh menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan olenya. Dia banyak membantu saya untuk menjiwai watak dan menghafal skrip dengan memegang peranan sebagai Dian (Lisa Surihani) di rumah," kata Tomok ketika ditemui di majlis pra-tonton Istanbul Aku Datang di Pavilion.

Disamping itu, Tomok mengakui agak sukar untuk memikul tanggungjawab untuk setaraf dengan barisan pelakon yang sudah menempa nama dalam industri perfileman seperti Lisa Surihani dan Beto Kusyairy.

Cuaca yang sejuk di Turki juga merupakan satu cabaran untuk terus fokus namun Tomok gembira kerana penat lelah tersebut berjaya membuahkan hasil yang membanggakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan