Nuffnang

Ahad, 28 Oktober 2012

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Berlakon bukan untuk Menang Anugerah – <b>Elfira Loy</b> | buahmulut.com

Posted: 21 Oct 2012 07:51 AM PDT

Jika tahun lepas Elfira Loy berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Terbaik menerusi Drama Kum kum pada Anugerah Skrin 2011, tapi bagaimana pula nasibnya pada ASK 2012 kali ini?

Gadis Remaja yang ramah dan mudah dibawa berbual ini memaklumkan kepada crew kami bahawa kemenanganya pada tahun lepas adalah sesuatu yang tidak diduganya. Apatahlagi hadirnya ke dunia lakonan ini bukanlah hanya kerana Anugerah semata-mata.

Ujarnya "Harapan saya di Anugerah Skrin 2012 ni mestilah nak menang dan saya percaya itu juga menjadi harapan semua individu yang tercalon. Tapi bagi saya dah tercalon pun kira ok sebab saya berlakon bukan kerana kemenangan mahupun anugerah semata-mata. Saya lebih mengangap sebarang bentuk Anugerah yang diterima itu sebagai satu bonus dalam kerjaya saya.

"Tujuan saya berlakon untuk orang nampak apa bakat yang saya miliki. Lagipun saya bukan jenis orang yang reti untuk meletakkan harapan yang tinggi bagi menang anugerah dan sebagainya, sebab bagi saya kalau kita fokus pada kerja yang dibuat insyallah orang akan nampak usaha yang telah saya lakukan dan itu satu kemenangan yang nyata sebenarnya."

Bagi persaingan untuk setiap katogeri yang disertainya pula Elfira memaklumkan bahawa persaingan itu tidak datang dari satu pihak sahaja, kerana baginya semua yang tersenarai mempunyai kekuatan masing-masing jika tidak masakan mereka pun boleh tercalon untuk anugerah yang berprestij ini.

Mengakhiri perbualan kali ini Elfira berharap agar juri yang dilantik melaksankan pemilihan nampak bakat yang ditonjolkan selama ini, sambil mengakui setiap juri yang diakui kredibilitinya ada kriteria pemilihan yang sudah ditetapkan.

"Jika saya memang sudah tentulah saya orang yang paling gembira sebab nampaknya orang makin lama makin nampk bakat saya. Suka juga kalau menang sebab rasa seperti dihargai atas apa yang telah saya usahakan selama ini. Kalau sebaliknya pula ini menunjukkan yang saya perlu berusaha lebih kuat lagi untuk memastikan tahap lakonan saya sentiasa lebih baik dari sebelumnya." Elfira Loy

Random Posts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan