Scha Alyahya - Google Blog Search |
Dituduh Mencuri, Pasangan <b>Scha Al Yahya</b> Dan Awal Ashaari Akui <b>...</b> Posted: 19 Oct 2012 11:26 PM PDT oleh : Izz Latif Gosip yang mengatakan pasangan selebriti ini mencuri beberapa helai pakaian bernilai RM2,000 sewaktu majlis pembukaan sebuah gedung pakaian terkenal baru-baru ini tersebar dengan begitu cepat. Pada mulanya ada yang mengandaikan ia hanyalah gimik untuk mensensasikan majlis itu. Namun selepas beberapa ketika, berita sensasi itu semakin meliar. Awal Ashaari dan Scha Al Yahya juga dikhabarkan semakin tertekan dihimpit kontroversi tersebut. Pening dengan tuduhan, ada yang mengatakan Scha yang melakukan perbuatan tersebut, dan ada juga yang menuding jari kepada Awal sebagai si pelaku sebenar. Tampil memberikan penjelasan, Scha menyifatkan kontroversi itu benar-benar mengganggu dan menjejaskan reputasi mereka berdua. Mengetahui pasti akan ada yang tidak mempercayai kata-katanya, namun Scha tetap menegaskan bahawa tidak mungkin dia melakukan perbuatan mencuri tersebut. Pasangan ini juga dituduh menjual semula pakaian tersebut di kedai milik mereka. Scha telah berjumpa dengan pihak pengurusan gedung berkenaan dan bertanyakan sama ada kecurian itu benar-benar berlaku, namun mereka menidakkan kes itu. Pihak pengurusan juga menolak untuk melakukan kenyataan dan penjelasan situasi sebenar kerana menganggap tiada sebab untuk berbuat demikian. |
You are subscribed to email updates from Scha Alyahya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan