Nuffnang

Ahad, 28 Oktober 2012

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


<b>Maya Karin</b> Perjelas Status Hubungan Dengan Pemilik Lotus

Posted: 22 Oct 2012 07:22 PM PDT

..

Sehari sebelum berangkat ke Nepal, kecoh apabila beberapa orang peminat terserempak dengan pelakon jelita ini yang ketika itu sedang menikmati makan malam bersama hero kacak, Remy Ishak. Mereka bercinta? Kata mereka, tidak. Itu hanya gosip.

Namun sedang Maya Karin Roeckel, 29, yang ketika ini berbahagia dengan percutiannya di pergunungan Nepal bersama ayah tercinta, dalam Kosmo! hari ini melaporkan Maya dihambat gosip cinta lain pula apabila baru-baru ini dia berpeluang bergambar di garaj pasukan Lotus, Formula Satu di Singapura.

Bukan calang-calang orang boleh memasuki kawasan itu yang sebenarnya tidak boleh dimasuki biarpun dengan membeli tiket.

Spekulasi timbul mengatakan dia dibawa oleh 'pihak tertentu' untuk berada di situ, namun Maya menepis gosip berkenaan dengan memberitahu, orang kuat Lotus itu hanya kenalannya sahaja.

"Saya tahu memang tempat itu (garaj Lotus) tidak boleh masuk dengan membeli tiket tetapi saya ada kenalan yang juga pemilik Lotus itu yang bawa saya ke situ.

"Kami hanya kenalan tetapi tidak bercinta", ujarnya.

Walau pun begitu Maya tidak menafikan yang dia mempunyai ramai kawan lelaki yang dikenalinya di tempat kerja dan ketika melancong. Tetapi hingga ke saat ini, dia masih belum menemui jejaka yang sesuai untuk dijadikan teman hidup.

"Saya masih lagi solo, tetapi saya ramai kawan. Banyak dapat kawan di kerja dan ketika melancong tetapi masih belum ada teman lelaki", tegasnya yang kini semakin aktif dengan aktiviti melancong ke serata dunia.

Maya Karin pernah berkahwin dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah di Itali pada 14 Ogos 2008. Namun bercerai pada tahun 2010.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen