Nuffnang

Jumaat, 30 November 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


<b>Aliff Aziz</b> Mohon Maaf Pada Keluarga Ngasri Sain - Gua.com.my

Posted: 26 Nov 2012 08:19 PM PST

Minggu lalu Aliff Aziz sudah pun memberi kenyataan kepada pihak media tentang perpisahannya dengan Anne Ngasri. Jelas penyanyi ini, dia menerima perpisahan itu walaupun hatinya terluka. Dalam masa yang sama, Alif juga mendoakan Anne akan mendapat kebahagiaan yang diidamkan.

Pada pertemuan yang sama, Aliff Aziz juga ada memberitahu bahawa dia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga Ngasri kerana sepanjang tempoh dia berhubungan dengan Anne, keluarga itu menerima kehadiran mereka dengan baik.

"Saya mahu ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga Ngasri kerana mereka pernah anggap saya sebagai salah seorang ahli keluarga mereka. Mereka melayan saya dengan baik. Apabila hubungan kami berakhir macam ini, saya ingin minta maaf jika ada salah dan silap atau melukakan perasaan mereka. Selama lapan bulan saya bersama Anne, saya melalui saat-saat yang sangat indah dan saya cukup menghargai kesempatan itu," ujar Aliff.

Menjawab tentang gosip percintaannya dengan Adira, Aliff menjelaskan perkara itu sama sekali tidak benar. Ini kerana dia memerlukan ruang untuk diri sendiri ketika ini.

"Saya pun hairan macamana cerita ini boleh tersebar. Saya dan Adira hanya sekadar kawan biasa. Kami  bertemu di lokasi penggambaran drama 'Tiara' yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Prima. Tidak ada hubungan cinta di antara kami. Sekarang ini saya memerlukan ruang untuk diri sendiri. Saya tidak mahu fikir tentang cinta ketika ini. Sebaliknya, saya pilih untuk fokus pada kerjaya seni dahulu kerana sebelum ini saya sudah meletakkan perkara ini di kerusi belakang. Untuk kebaikan, adalah lebih baik saya bekerja keras untuk kumpul harta bagi membantu keluarga," ujar Aliff lagi.

Kata-kata Aliff ini membayangkan dia seolah-olah serik untuk bercinta lagi. Adakah memang benar pintu hatinya tertutup untuk cinta atau dia sekadar melarikan diri daripada kenyataan?

"Apa yang berlaku tempoh hari memang sedikit-sebanyak membuatkan saya serik untuk bercinta lagi. Sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Bagaimanapun, saya mempelajari sesuatu daripada perkara ini. Saya percaya lama-kelamaan 'luka' ini akan sembuh. Buat masa ini saya belum terfikir untuk bercinta dengan sesiapa".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan