Jehan Miskin - Google Blog Search |
Muka <b>Jehan Miskin</b>? ~ My Love and Cute Kids Posted: 28 Nov 2012 03:20 AM PST Selamat dibedah pada pukul 1.15 tengah hari sebelum dibedah asyik bermain... Nak tergelak ada..Tahankan aja rasa nak ketawa kerana Syahmi on the way ke bilik bedah... Apalah nurse HTAR ni.. tak pernah tengok muka Jehan Miskin ke.. Mulalah mereka bercerita yang JM pernah berlakon sebagai doktor di Unit Rawatan Harian dan salah seorang daripada mereka menjadi nurse Dr JM! Nak dijadikan cerita mereka menyamakan pulak muka Syahmi dengan muka JM.. JM yang kurang hensem atau Syahmi yang terlebih cun ni.. confuse lah mama.. Sepanjang perjalanan ke OT, Syahmi leka dengan dunianya sendiri.. dia menggayakan dua pucuk pistol sambil menyanyi sedangkan kanak-kanak lain yang sebayanya yang baru 4 tahun teresak-esak menangis.. Ibu-ibu pula sibuk gila menenangkan anak masing-masing, sedangkan mama?Tergelak dalam hati mendengar bualan nurse... Memang betullah dulu-dulu terkenal watak Aiman..kanak2 yang bersikap tidak ambil pusing dengan keadaan sekeling dan macam tulah Aiman Syahmi mama.. 'Aiman tak kisah..' Dalam OT.. Sibuk nurse nak mendukung dan memeluk Syahmi.. Macam 'memeluk' JM ke? Hai..... kerana aura pelakon hensem, kita sanggup melakukan apa-apa saja... Biarkanlah nurse muda-muda tu 'hanyut' dengan khayalan mereka, asal saja Syahmi mama selamat dan sihat semula... Alhamdullilah ya Tuhan kerana memberikan mama 'sebutir permata' yang setabah Syahmi walaupun bukan setampan Jehan... Published with Blogger-droid v2.0.8 |
You are subscribed to email updates from Jehan Miskin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan