Nuffnang

Khamis, 1 November 2012

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Randy Pangalila Perlukan Ciuman <b>Elfira Loy</b>

Posted: 30 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 30 OKT 2012: Bermula malam semalam, peminat fanatik kepada pelakon dari seberang, Randy Pangalila pastinya tersenyum riang dek kerana drama Dalam Hati Ada Taman mula disiarkan setiap Isnin, jam 9.30 malam di Astro Ria saluran 104.

Menyentuh mengenai penglibatan Randy dalam drama berkenaan, pelakon yang tidak merahsiakan lagi buah hatinya ini mengakui memerlukan ciuman dari heroin drama tersebut iaitu Elfira Loy.

"Babak cium memang ada. Namun, hanya ciuman di pipi saja. Tiada ciuman di bibir. Baik Elfira mahupun Hanez, tiada satu pun yang mencium saya secara betul-betul. Kesemuanya adalah teknik kamera saja.

"Sebagai pelakon, saya memang merasakan adegan cium itu memang diperlukan. Inikan drama komedi romantik. Namun, babak cium dalam drama ini diadakan adalah satu babak yang suka-suka. Bukannya babak cium yang melahirkan rasa ghairah.

"Jika anda menonton sendiri drama itu, suasana ciuman itu berlainan dan diperlukan untuk menaikkan lagi mesej yang ingin disampaikan," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, ­ pelakon yang mencipta nama di Malaysia menerusi drama Nada Cinta ini menolak dakwaan memaksa Elfira menciumannya.

"Saya tidak pernah memaksa Elfira atau Hanez untuk mencium saya. Itu tidak benar sama sekali. Keputusan cium ini adalah hasil perbincangan semua. Babak itupun sebenarnya untuk menampakkan lebih drama dan realiti. Saya memang tidak pernah memujuk Elfira untuk cium saya. Idea cium ini pun bukannya datang dari saya sendiri. Ianya hasil dari idea pengarah," ujarnya.

Selain berkongsi cerita mengenai pengalaman berlakon dalam drama tersebut, Randy memberitahu pelakon Nicholas Saputra adalah pelakon lelaki yang paling terkenal di Indonesia. Manakala Baim Wong tidak sepopular Nicholas kerana usianya yang sudah meningkat.

Tiada ulasan:

Catat Komen