Nuffnang

Khamis, 1 November 2012

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search


Separuh Akhir Muzik Muzik 27 Bermula 11 Nov - Gua.com.my

Posted: 29 Oct 2012 08:33 PM PDT

Sebanyak 30 buah lagu akan dipertandingkan dalam tiga pusingan yang bakal berlangsung pada 11 November (11 lagu), 18 November (11 lagu) dan 25 November (8 lagu) dibantu oleh gandingan hos Faiz dan Chad.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9 malam untuk bahagian 1 & 2 manakala separuh akhir bahagian 3 pula akan menemui penonton bermula jam 10 malam. Hanya 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional akan diumumkan sejurus tamatnya Separuh Akhir Muzik Muzik 27 bahagian 3.

Lebih menarik, pusingan separuh akhir Muzik Muzik 27 akan turut diserikan dengan persembahan artis jemputan setiap minggu seperti Salam ditemani dengan Altimet dan DJ Fuzz yang akan membawakan medley lagu "Tanya Sama Itu Hud Hud/Bangkit", kumpulan Meet Uncle Hussain  menampilkan Fauziah Gambus untuk minggu kedua dan nantikan gandingan segar Fida Ibrahim dan Datuk AC Mizal yang pastinya menghiburkan semua yang hadir di studio dan penonton di rumah mendendangkan lagu popular zaman 80'an yang kini diberi nafas baru, "Apo Ko No Eh Jang".

Sesiapa yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat artis-artis kegemaran mereka mempertandingkan lagu-lagu popular di peringkat separuh akhir, tiket-tiket percuma boleh diperolehi di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 8 November (Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian 1), 15 November (Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian 2) dan 22 November (Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian 3) mulai jam 11 pagi hingga 5 petang.

Berikut jadual persembahan artis mengikut giliran masing-masing:

11 November

1. Cerita Dia - Drama Band

2. Idola- Azlan & The Typewriter

3. Watak- Hafiz

4. Aku Datang - Tomok

5. Aku Suka Dia - Ainan Tasneem

6. Pelangi Senja - Stacy

7. Jerrypah - Aizat

8. Majnun - Hazama

9. Pencinta Terbaik - Sofaz

10. Kasanova - Stacy

11. Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar

18 November

1. Anak Kampung - One Nation Emcees & Jimmy Palikat

2. Terukir Di Bintang - Yuna

3. Angkasa - Diandra Arjunaidi

4. Tanpamu - Amir Jahari

5. Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram & Sleeq

6. Ombak Rindu - Hafiz & Adira

7. Terlalu Mencintaimu - Suki

8. Beginilah Caranya - Shaheizy Sam & Yana

9. Tapi Bagaimana - Spider

10. Sebelah Jiwaku - Jaclyn Victor

11. Lagu - Bedroom Sanctuary

25 November

1. Teman Pengganti - Black & Malique

2. Harapan - Hyper Act

3. Panik - Bunkface

4. Simetri - Hazama & Amy Search

5. Mesti Ada Cinta - Akim & Fiq

6. Andaiku Bercinta Lagi - Mojo

7. Patah Seribu - Shila Amzah

8. Ku Akui - Hafiz

Tiada ulasan:

Catat Komen