Ezany Nizariff - Google Blog Search |
BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Ezany Nizariff</b> - Google Blog Search Posted: 03 Oct 2012 12:00 AM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 05 Nov 2012 07:41 PM PST PENGGAMBARAN program realiti ini hanya dilakukan pada waktu malam di lokasi yang menyeramkan. Dalam keadaan gelap dan tak tahu 'apa' atau 'siapa' yang bakal menunggu mereka, setiap peserta diberikan tugasan yang penuh dengan kejutan. Itu antara pengenalan kepada program baru terbitan ntv7 yang dinamakan Panik. Ia adalah rancangan permainan TV realiti pertama Malaysia yang dirakamkan pada waktu malam di lokasi misteri. Panik yang diterbitkan sebanyak enam episod mula bersiaran 5 Disember ini di ntv7, setiap Rabu jam 8.30 malam itu mengetengahkan cabaran ala Fear Factor, Total Blackout, Ghost Hunters serta rancangan paranormal ntv7 sendiri, Seekers, pastinya penuh kejutan dengan pelbagai cabaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental pesertanya. Kebelakangan ini, ntv7 dilihat lebih banyak menghasilkan rancangan produksi tempatan. Panik penuh drama, tekanan, keseronokan apatah lagi pesertanya terdiri daripada artis iaitu Ezany Nizariff, Danny X Factor, Melia Aimelia, Ika Nabila, Marlon VIP, Anis Al Idrus, Jufry Rayyan William dan Shakilla Khoriri. Mereka bakal diletakkan di dalam pelbagai cabaran yang sudah pun disediakan untuk mereka. Kumpulan pertama terdiri daripada Danny, Anis Al Idrus, Marlon VIP dan Jufry. Kumpulan kedua pula, Ezany Nizariff, Ika Nabila, Melia Aimelia dan Shakilla. Menurut penerbit program, setiap kumpulan akan bersaing untuk merebut hadiah wang tunai RM10,000. "Artis dipilih berdasarkan personaliti mereka tersendiri dan faktor kesihatan fizikal serta kekuatan mental mereka. Ada yang mungkin nampak tegap dan sasa, tetapi siapa tahu mungkin dia takutkan suasana gelap atau fobia dengan ketinggian serta seorang yang penakut. "Sebelum memilih lapan peserta ini, kami menyaring hampir 30 selebriti yang perlu menjalani proses temuduga di mana kru kami cuba mengorek apakah perkara terbesar yang mereka takutkan serta apakah kekuatan mereka. Maklumat sebegini amat penting untuk produksi kami merancang strategi dan cabaran yang bakal menguji kelemahan mereka. "Saya mengaku saya amat memuji keberanian mereka untuk menyertai siri permainan realiti walaupun mengetahui kelemahan dan ketakutan mereka bakal diuji. Satu cara untuk mengatasi perasaan itu adalah dengan mengambil risiko yang selama ini mereka cuba elakkan," katanya. Jelasnya lagi, setiap cabaran yang diberikan memerlukan peserta untuk cuba berfikir sebaik mungkin, mempunyai strategi dan cuba untuk mengatasi perasaan takut mereka bagi memenangi cabaran yang tersedia dalam masa terpantas. "Dalam salah satu cabaran, mereka terpaksa mengurung salah seorang ahli kumpulan mereka di dalam tangki di mana mereka memerlukan kod rahsia untuk melepaskan ahli mereka. "Sementara cuba mendapatkan kod itu, tangki itu diisi dengan air dan pada tahap tertentu belut ditambah ke dalam tangki itu. Apa yang lebih mencabar semua cabaran yang dihadapi dibuat pada waktu malam dan dalam suasana gelap. "Semakin mereka panik, semakin sukar mereka menyelesaikan cabaran yang diberi dan hanya memburukkan lagi keadaan," katanya. Penggambaran yang dilakukan sekitar 11 malam sehingga jam 4 pagi, dirakam menggunakan video infra merah berkualiti tinggi. "Penonton di rumah mungkin melihatnya terang kerana kami menggunakan video kamera infra merah, namun apa yang mereka tidak ketahui adalah penggambaran dilakukan sememangnya di kawasan yang keseluruhannya gelap. "Pastinya kru kami juga mengalami kesukaran untuk merakam setiap aksi dalam keadaan begitu dan menjaga peserta pada satu-satu masa. Syukur Alhamdulillah kerana hasil pengalaman kami di Seekers dulu banyak membantu kami untuk mengawal keadaan," katanya. Popular sebagai stesen yang banyak menyiarkan siri paranormal, ntv7 percaya Panik berjaya menarik ramai penonton Malaysia untuk menontonnya. Rancangan seperti Ghost Hunters, Seekers dan Paranormal Zone mendapat rating yang baik. "Kejayaan itu membuktikan mereka amat berminat dengan kelainan konsep yang boleh didapati di dalam rancangan seperti ini. Berbanding rancangan lain seperti Fear Factor, Panik bukan hanya benar-benar mengenai ketakutan, tetapi bermain dengan emosi individu dengan variasi cabaran yang membabitkan gabungan unsur misteri, rintangan fizikal, kemahiran penyelesaian masalah dan banyak lagi. "Peminat juga berpeluang melihat bagaimana artis kegemaran mereka memberi respon kepada setiap keadaan," katanya. Program itu dihoskan pelakon Ridzuan Hashim dan bagi menambah kesan dramatik, Ridzuan akan ditemani dua pengawal peribadinya di dalam rancangan ini bersama sebuah kereta hebat. Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my, atau ikuti prkembangan ntv7 di akaun Facebook dan Twitter. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/05 Harian Metro |
You are subscribed to email updates from Ezany Nizariff - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan